KARI TELUR & AYAM GORENG 15 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

INGATKAN semalam tak nak memasak, tapi, bila Pak Inche beritahu dia dah beli ayam dua ekor, tak sampai hatilah pulak tak nak masak. Minta belikan telur ayam jer, dengan mak-mak ayam dia beli, hehehehe.. begitulah Pak Inche.

Pak Inche kata, nak makan Kari Telurrrrr. Hurmmm.. kari lagi ek. Sk kalau masak kari telur, suka guna rempah kari daging. Pilihan Sk semesti rempah Cap O. Tumis bawang merah, masuk secebis kulit kayu manis dan sekuntum bunga lawang jer. Kemudian masukkan rempah kari daging, serbuk cili dan sedikit serbuk kunyit. Telur ni kan tak ada lemak-lemak, jadi, nak bagi berlemak, buh la santannnn sikit. 

Goreng Papadom.


Goreng mak telur.. tapi ni bukan mak telur yang masak kari tu kot, hihihi.


Hari Jumaat tuari buat jus nenas rebus, malam tadi baru ingat nak minum.
Nak cerita... pagi ni terlepas sahur puasa ke 16 gara-gara lewat tidur semalam. Dekat pukul 2, baru tidur. Layan drama bersiri Korea, Happiness sampai 11.30 malam, lepas tu, tidur kat sofa jer tunggu Pak Inche balik bertugas di stadium. Dah tak tahan mata, pukul 1 lebih kot, masuk bilik. Tak lama, Pak Inche sampai, bawa mee dan maggi goreng mamak. Pas tu tiga beranak layan mee goreng pukul 1.30 pagi. Masinlah mulut, cakap.. ni kira sahur. Langsung tak sedar alarm bunyi untuk sahur ya. Mendapat laaa.. sejarah tak bersahur puasa tahun ni. Padahal dah berangan nak sahur nasi dengan kari telur, hurmmm.. sedih.




Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedap dah tu menu berasaskan ayam, telor ayam, ayam goreng... menggoda sgt ayam goreng homemade mcm tu

    ReplyDelete
  2. Lama juga tak masak kari telur ni..

    ReplyDelete
  3. Kari + Papadom satu gabungan yang amat lazat..

    ReplyDelete
  4. Selalu kalau sudah terbangun awal sahur memang terbabas kali ke-2.
    2 ekor mak telur beli. Hehe kenduri ayam.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!