BILA ANAK BERANAK SELERA TAK SAMA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...

HARI ini sepatutnya Sk BDR tapi disebabkan ada urgent matter terpaksalah Sk datang ke kolej. Lepas tu, cakap dengan bos, esok saya tak mahu masuk office, ganti hari ini BDR, kahhhh. Amboi, berkira beno ko ya Sk. Tang kau jadi anaconda tu tak apo pulak ya, kwang kwang kwanggggg.

Ingat lagi tak Lauk Sambal Sardin Sk tu? Dah pernah Sk beritahu yang Pak Inche dan Iman tak makan lauk sardin, kan? Jadi dorang makan lauk apo kalau Sk masak sardin.. haaa.. ni lah lauk untuk dorang, huwa huwa huwa.

Asalnya Pak Inche la suruh masak Daging Masak Kicap. Iman pulak tak suka makan lauk masak kicap. Kicap pun dia tak suka kecuali Sambal Kicap, haha. Daging Masak Kicap Pak Inche ni memang kicap semata tau. Adalah hirisan bawang dan bubuh Pak Aji sikit, tapi memang tak bertumis. Hiris daging, perap dengan kicap manis, panaskan minyak sikit, campak jer daging dengan kicap tu dalam kuali. Lepas tu campak sikit bawang besar yang dipotong bulat dan renjiskan ajinomoto, goreng sekejap sampai daging tu masak... siap dah. 

Jadi, dah tak makan daging kicap, Iman makan lauk apa?


Haaa... Daging Goreng Kunyit untuk Iman. Kaedah sama, bahan jer lain. Yang tadi tu, Sk perap dengan kicap manis, daging Iman ni Sk perap dengan garam kunyit jer. Masa goreng tu, campak bawang dan cili padi. Begini oh 👍👍👍👍👍 pergi dia, hahaha.

Nasib baiklah dua-dua pun daging, kalau seorang nak daging seorang nak ayam?? 
Tak dapeklah den nak menolonggggg

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rumah ni kakak aje yang tak makan daging.. so kalau masak daging kena masak lauk dia lain..
    Daging kunyot tu campur dengan kacang panjang goreng sedap juga ek...

    ReplyDelete
  2. rajin SK masak lauk lain2..
    ni kalau ada 5 tekak selera lain-lain camne ek?
    memang 5 jenis lauk la ye? heheh

    ReplyDelete
  3. Rambut sama hitam. Hati lain-lain. Tekak apatah lagi. Hehehe :)

    ReplyDelete
  4. Banyak udang, banyaklah garamnya. Banyak orang, banyaklah seleranya...eh lainlah seleranya...kih!

    ReplyDelete
  5. Kalau ada lauk camni, saya pun taknak sardin lah... Hihihi

    ReplyDelete
  6. yg penting maknya rajin nak masak asing :)

    ReplyDelete
  7. agen dengan 100% player vs player hanya di IONQQ :)
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!