SABTUDAY

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum... 

MASA awal bulan Februari hari tu,  dah terasa musim hujan dah mula berganti dengan panas.  Panasnya pulak berangin.  Kalau berada di luar,  rasa macam sejuk aje walaupun matahari terang benderang.  Seronoknya baju di ampaian cepat kering walaupun disidai di bahagian yard yang tertutup cuma dapat pancaran matahari dari tepi. 

Bila berada di pejabat,  memang tak terasa panas.  Bukan sebab sejuk dengan penghawa dingin tapi duduk dalam bangunan tak nampak matahari.  Nak-nak pulak sepanjang minggu lepas ada lawatan verifikasi.  Jadi,  memang duduk dalam pejabat ajelah.  Makan minum ditaja dari pagi sampai petang.  Bila balik,  matahari dah condong ke barat. 

Jadi,  sejak semalam,  baru Sk terasa betapa panas dan berbahangnya cuaca.  Tapi,  semalam tu taklah terasa sangat sebab Sk keluar awal.  Lepas makan nasi kerabu,  terus ke Midvalley. Bila dalam MV tu la terasa macam nak demam,  macam tak ada air-cond.  Peluh merenik-renik di dahi. . hihi. 

Tahu tak,  hari ni sekali lagi kami ke MV.  Kali ni Pak Inche ada sekali.  Program pagi ni,  kami bersarapan di Ashoka dan kemudian ke Plaza Pelangi sebab Iman nak install anti virus baru untuk laptop. InsyaAllah,  bulan depan Iman akan mula semester 4 secara dalam talian.  Jadi,  nak pastikan laptop berada dalam keadaan tip top.  Tapi,  tadi..  kedai komputer tu kata untuk windows 10 sekarang dah tak perlu install anti virus sebab ia akan kesan sendiri kehadiran virus.  Rupanya Iman ter-install anti virus masa update satu programming tu,  jadi anti virus tu selalu pop up dan menggangggu..  haaa..  macam tu la lebih kurang ceritanya, hihi. 

Lepas tu, Pak Inche ajak jalan lagi,  dia tanya nak ke Aeon Tebrau atau MV.  Entahlah,  sekarang rasa Aeon Tebrau tu macam tak ada apo,  hahaha.. Jadi,  MV pun MV la.....


Disebabkan pagi tu dah sarapan di Ashoka Curry House, jadi kami cuma singgah mengopi sahaja di MV.  Lama tak kopi-kopi kan,  asyik minum nescafe o bancuh sendiri jer bosan jugek,  hahahaha. 

Oh ya,  sejak anak dah beso ni,  Sk memang serahkan urusan pesanan di kaunter ni pada Iman,  dari membuat pesanan hingga pembayaran,  dia akan buat semua.  Kami mak bapak goyang kaki jer kat meja, huhu. 
Orang nampak macam untung dan bertuah badan aje kan tapi kami pun pernah struggle  dalam membesarkan anak suatu masa dulu.  Bayangkan dari kecik dengan satu kereta,  dengan rumah jauh dari sekolah,  hantar tuisyen semua,  sampai hantar belajar ke Ipoh sana,  bukan senang nak senang.  Jadi,  siapa yang sedang membesarkan anak sekarang jangan risau,  suatu masa nanti insyaAllah semuanya akan manis sahaja.  Bak kata pepatah,  berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian,  bersusah-susah dahulu,  bersenang-senang kemudian..  tak gitu?? 


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sekejapan sahaja dag sem 4 dak Iman.. Selamat menghabjskan sisa2 cuti sem & semoga Alah mudahkan urusan dalam belajar dan dikurniakan kejayaan yg cemerlang

    ReplyDelete
  2. Anak sorang okay lagi.
    wak salute pada kawan wak yang ada anak 12 semuanya masuk U

    ReplyDelete
  3. Wahhhh.. dah boleh diharap ni . moga berjaya dan bahagia selalu u guys... Amin

    ReplyDelete
  4. makan minum di taja office! mmg best masuk kerja hari tu hehe h

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!