MAKAN DI JOHNNY'S RESTAURANT

Seri Kandi Tanah Jauhar
13

 Assalamualaikum... 

DAH boleh makan berdua di kedai atau restoran, kan..  Iman kata,  rindu sangat nak makan di Johnny's Restaurants. Masa di Ipoh,  boleh dikatakan Johnny's  nilah pilihan Iman dan kawan-kawan menjamu selera setiap kali 'outing' kerana harga makanannya yang boleh dikatakan agak berpatutan dengan potion yang mengenyangkan.  Duluuuuu..  pernah sekali jer Sk makan steamboat  di Johnny's dengan kawan sekerja dan ini barulah pertama kali makan dengan Iman,  apa yang sedap bebeno,  mari kita cuba try test 😁😁😁


Mango Salad atau Kerabu Mangga.  Kalau nampak ada menu ni,  memang wajiblah pesan sepinggan.  Mangga muda yang disagat,  digaul bersama kacang panjang yang dicelur,  taburan kacang tanah dan kacang gajus serta potongan tomato. Memang puas meratah,  tak rugi order kerabu mangga ni. 


Lapar teruks,  Sk pesan sepinggan Pad Kra Pao, masakan tradisi thai dihidang sama nasi putih dengan telur mata. Kalau suka pedas,  kenalah makan dengan sambal belacan.  Walaupun dihidang dalam pinggan bujur yang kecil tapi potionnya banyak dan mengenyangkan, memang betullah Iman cakap,  makan kat Johnny's  ni sedap. 


Menangis kegembiraan dapat makan di Johnny's setelah lama memendam kerinduan 😆😆😆
Iman pilih Spicy Fried Rice atau Nasi Goreng Pedas.  Sekali pandang macam nasi goreng kosong aje tapi rasa dia power ditambah kalau digaul dengan sambal belacan Johnny's,  jadi..  sambal belacanlah yang sedap sangat rupanya di Johnny's  ni,  hahahahah. 


Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hahaha.. Rindu naw dak iman kepada abang Johny's...Semoga terubat rindu tu.. Hihihi

    ReplyDelete
  2. happy dia dpt makan johnnys hehehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Dah terpenuhi ya hajat.

    ReplyDelete
  4. Bertahun x makan kat johnny gak....!!
    Sedap nya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaaa.. sedap rupanya makan kat sini, patutlah selalu ramai

      Delete
  5. Alolooooo...comeinya Iman nanges hehehhee. Oooo sambal belacannya yang sedap rupanya...oolalalaaa.

    ReplyDelete
  6. Ingatkan Iman pakai gelang pink
    rupanya tali jam

    ReplyDelete
  7. Sampai nangis ko Iman.. hahaha
    Kalau aunty Lin ko nangis kalau nampak kopi SF hahahaha

    ReplyDelete
  8. IONQQ menyediakan pelayanan terbaik dan bisa di percaya
    ayo segera bergabung bersama kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!