SOTONG MASAK HITAM YANG SANGAT SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...

NGERI kalau diingat-ingat bagaimana Sk terlupa yang kami membeli sotong ketika singgah ke kedai runcit di suatu petang. Asalnya hendak membeli daun salad dan tomato sebab nak masak burger, nampak pulak sotong kemahen ganteng. Terus pilih enam ekor untuk menambah stok lauk-pauk. Masa tu, kami baru jer balik dari tesco, jadi sampai rumah, terus mandi. Plastik dari kedai runcit terus dimasukkan dalam peti sejuk, tak ingat langsung ada sotong dalam tu.

Sk cuma teringat pasal sotong tu, jam 3 pagi. Terus tegak duduk dari pembaringan macam 'mayat' Elly Suriyati ketika dilangkah kucing hitam dalam telemovie 44 Hari Pocong Balik Rumah tu, hahahaha. Ya Allah! Sotonggggg... Terus bangun lari ke dapur. Masa tu Sk tak ingat pun sotong tu ada dalam plastik dalam peti sejuk tu ke tak. Jangan dalam bilik sudahlah, haha, sebab ada jugak barang dibeli yang diletak dalam bilik. Mujur memang dalam peti sejuk. Masih segar lagi sotongnya, syukurrrr... Teruslah bersihkan dan simpan dalam freezer. Ngeri oi kalau sotong patplohlapan hengget busuk, mahu berleter 48 hari Pak Inche korang 😜😜😜


Asalnya diminta masak sambal, tapi bawa balik lauk Gulai Kawah. Sotong tu disuruh pulak goreng kunyit. Terliur ingat Sis Lin tayang Sotong Masak Hitam dia, jadi Sk katalah, nak masak hitam. Pak Inche kata, masak kicap la. Terus Sk, hurmmm.. (korang kena belajar taktik ni tau), cepat-cepat Pak Inche kata, okeylah, Sotong Masak Hitam 😝

Yeyyyy!!

Sotong Masak Hitam

2 ekor sotong (dibersihkan, asingkan dakwatnya)
1/2 bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dicincang
Sedikit halia dicincang
1 tangkai lada hidup, hiris
1/2 bawang besar dipotong bulat
1 sudu kecil serbuk lada Hitam kasar
Sedikit garam
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumisan bawang besar dimayang, bawang putih dah halia hingga layu.
2. Masukkan dakwat sotong, pecahkan dan kacau.
3. Masukkan sotong, bawang besar dipotong separa bulat, lada hidup, serbuk lada hitam dan garam.
4. Masukkan sedikit sahaja air, kacau sebati. Masak anggaran lima hingga enam minit sahaja.

Note : Jika suka, boleh jugak perap sotong dahulu dengan garam dan kunyit.


Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Macam-macamlah fatwa pasal dakwat sotong nih.... saya ngap saja! Sedap & rasa kemanisannya....nyum nyuuummm!

    ReplyDelete
  2. Tak pernah masak macam ni..nampak sedap..malas nak fikir bab fatwa just SA mmg x pernah makan dakwat dia tu..

    ReplyDelete
  3. Aduhhh SK.. kenapa la saya baca... Saya ni dah la penakut... Nak baca sotong dah teringat pasal cerita lain plak.. Harap2 tak menginmgau la saya.. Huhuhu

    ReplyDelete
  4. Panthang wak kalau makan sotong ada dakwatnya.

    ReplyDelete
  5. hahahha takut2 nak makan yg itam nya tu hehe

    ReplyDelete
  6. Yang masih keliru, boleh baca penjelasan mengenai makan dakwat hitam tu di sini --> https://www.sislin76.com/2021/02/apakah-hukum-makan-dakwat-hitam-sotong.html

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi makan ni, nanti nak suh mak masak

    ReplyDelete
  8. pukul 3 pagi kak seri bersihkan sotong 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  9. banyak game yang menarik di IONQQ
    ayo segera daftarkan diri anda :D
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!