Assalamualaikum...
SEMALAM pagi melayan anaknya, pagi ni melayan bapaknya, hihi. Macam nilah Sk mengisi hari cuti tiap-tiap minggu, hihi. Walaupun dah dibenarkan keluar lebih dua orang tapi Iman tak nak ikut sebab babahnya nak jalan sampai ke Kong Kong. Sk??? Menurut perintahhh!
Turun sahaja kereta, laju-laju Sk menuju ke gerai Nasi Lemak Daun Simpor. Ternampak ada orang tu, bawa satu plastik penuh bungkusan nasi lemak, dalam hati terfikir, entah orang ni dah borong semua. Hurmmm.. Betul rupanya, Sk terlambat lima minit, tak ada rezeki. Tapi, rezekinya kakak tu jual serai gemuk-gemuk, seikat RM2.50, terus beli dua ikat. Tak boleh move on minggu lepas beli serai di pasar malam, 8 batang RM7, huhu. Kemudian, nampak pulak ada orang jual seluar celoreng askar sehelai RM38, dua helai RM70, 3 helai RM100. Terus pilih sehelai untuk Sk dan sehelai untuk Iman. Tengok, belum apa-apa, duit dah terbang berhelai-helai, ikannya belum dibeli lagi, hahahah.
Lepas beli ikan dua tiga ekor, Sk ajak Pak Inche bersarapan, tapi dia kata, jom kita pergi Warung Wak Songkok. "Dekat mana?" Depan tu ada, jawabnya. Depan punya depan, rupanya dekat Masai jugak, lupa nama kampung tu.. hehehe. Rupanya Pak Inche nak makan Nasi Lemak Daun Pisang, tapi dah habis jugak. Nasi lemak bungkus daun ni memang memanjang habis agaknya. Nasib baik ada roti canai, jadi Pak Inche pesan sekeping roti telur.
Best dpt makan kat luar ye... 😁
ReplyDeleteWah, pasni boria pakai seluar celorang la 2 beranak.
ReplyDeleteSK, yer yer beli ikna tu, perut dah penuh lontong.. Rasanya bantal dah menggamit tu. Hahaha
SA bukan peminat lontong tapi tengok gambar memang nampak sedap SK
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteDua kali terlepas nasi lemak, akhirnya dapat lontong. Kiranya semalam jodohnya dengan lontonglah kan.
ReplyDeleteahahah dia malas kalau nak jalan jauh jauh tu, duduk rumah mesti lagi best ni
ReplyDeleteSaya orang Masaiz x pernah jugak ke situ. bahahahaa.. Nice... lontong pun favourite kitaaaaaa
ReplyDeleteAre you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd
ReplyDelete