ORANG LAPAR DISORONGKAN PASTA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...

SEMALAM.. Iman mengadu lapar di whatsapp. Sk pesan, masak nasi dan masaklah udang goreng kunyit, lauk kegemaran dia. Tup-tup, beberapa lama kemudian, dia hantar gambar macaroni goreng. Alasannya masak nasi lambat siap, yang cepat masak pasta. Tekak omputeh sangat budak-budak sekarang. 

Sk pulak, hanya sarapan dengan mee goreng Kak Sab. Buat kerja sampai terlepas waktu membeli makan tengahari. Dah jam satu lebih baru teringat, memang dah malas la nak ke kantin. Sebenarnya pukul 10 tu layan roti manis dengan sambal taun yang kawan bawa, tu yang sampai pukul doblas tak rasa lapar dan tak ingat nak beli makanan, huhu. Kalau dah pukul satu, memang malas nak turun, perangai betul, hahaha.


Sampai rumah, Iman dah tersenyum-senyum. Kemudian sibuk ajak ke dapur terus, rasa pasta goreng dia. Buka tutup periuk ayan, nampak macaroni, udang dan sotong. Sk terus ceduk ke mangkuk, hurmm.. sedap jugak, tengok resepi mana? Masak aglio olio belajar dekat tik tok katanya. Dengan taburan lada hitam kasar, udang dan sotong, haruslah berasa aglio olio seafood pasta Iman. Dalam tak sedar bertambah pulak kita makan wakkkk.. hahahaha.

Abaikan kotak-kotak bersepah atas meja tu. Biasalah tu, tangan ni gatal je nak menekan-nekan aplikasi membeli-belah dalam talian. Yang tu shopee, yang ni pg mall, yang ikea jer belum sampai lagi, kahhhhhhhhhhh.
Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. uishh sedapnya..btw mangkuk tu cantik..sis beli kat mana yea

    ReplyDelete
  2. ya allah pasta dia....
    ini menaikkan nafsu serakah nk melantak ni... :D

    ReplyDelete
  3. Uish olio... Sedap baq hang.. Hihihi

    ReplyDelete
  4. sedapnya aglio olio.. tapi kite masak tak jadi hehe

    ReplyDelete
  5. comel jew si macaroni dengan udang dan sotong duduk dalam bekas cantik tu!

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap.. pandai Iman masak..kegemaran kita ni Kak.. hehehee

    ReplyDelete
  7. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!