NASI KENDURI KAHWIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum... 


LAMA tak makan Nasi Kenduri,  cuti sempena Tahun Baru Cina hari ini, Pak Inche mengajak menapau nasi minyak di gerai Nasi Kenduri Kahwin depan The Marco Polo,  Bukit Indah. Konsep gerai ni ala-ala majlis kenduri kahwin la,  siap ada pacak bunga manggar lagi. Nak tergelak jugak tengok cashier pakai bunga dada ala kendarat atau orang Johor panggil penanggah.


Ayam Masak Merah 
Bulan Madu Di Awan Biru katanya
Set nasi minyak dengan ayam masak merah harganya RM10 tunaiiii
Ayam masak merahnya sungguh sedap dan menyelerakan,  maaf lupa nak snap pic sebelum makan,  hahaha. 




Daging Masak Hitam
Tok Kadi Tak Sampai Lagi
Lauk ni mahal RM4 dari lauk ayam.  Selalunya lauk daging murah dari ayam,  agaknya rempah ratusnya yang istimewa rasa. 


Pajeri Nanas Berbalas Pantun...  Apalagi,  masukkkk!  Tak guna makan nasi minyak kalau tak ada pajeri nanasnya cuma kuah pajeri tu lebih banyak rasa kari. 


Kahwin dua memang bini marah,  tapi kalau suami tapau Nasi Minyak Kahwin Dua ni,  isteri lebih sayang sebab dapat dua lauk,  daging masak hitam dan ayam masak merah,  berbaloi-baloi dengan harga RM18 sahajo...  


Boleh whatsapp untuk buat pesanan.  
Sk rasa gerai ni bawah pengurusan The Marco Polo Restaurants. Di tekak Sk dan Iman ianya tak mengecewakan tapi Pak Inche kata tak power sebab kurang minyak,  kahhhhhh!! Kurang minyak tak apa,  jangan naik minyak 😁😁😁




Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wahhh.. Dapat juga makan nasi kendjri dalam PKP yer.. Hilang kemounan laut darat.. Kata orang Johor.. (eh, betul ke orang Johor kata macam tu) 🤭🤭🤭

    ReplyDelete
  2. Terhibur hati baca nasi kenduri kahwin. Kelako betul nama-namanya!

    ReplyDelete
  3. Wah dah lama x gi area bukit indah.. Rindu plak.. nasi minyak kenduri kawen, macam macam nama lauk nya ye.. Nasib dia x soh sape nak beli kena berpantun dulu 😅😅

    ReplyDelete
  4. Haih..menarik betul la makanan kat sana...sedap nampaknya tu..murah pun murah...

    ReplyDelete
  5. Kat sini masa pkp dlu ramai dh jual nasik kenduri ni.. terubat jugak kerinduan nk mkn nasik kenduri.. hehehehe

    ReplyDelete
  6. Dekat Pasir Gudang pun ada.. yang bestnya catering masa Yana tunang pun buat yang sama, pakkal lee jauh Kota Tinggi.. sebab sedap nasi kawin dia...

    ReplyDelete

  7. IONQQ menyediakan pelayanan terbaik dan bisa di percaya
    ayo segera bergabung bersama kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!