Assalamualaikum...
RASANYA sejak Nasi Lemak Royale Kedah dibuka di JB, Sk dan Iman 'aim' untuk makan di Restoran Zaituna yang merupakan sebuah restoran yang mengetengahkan menu dari negara Timur Tengah.. Negeri Arablahhhh. Tapi, tahu sajalah, nasi arab ni kan makanan yang agak berat jugak. Kadang tu bila lalu kawasan Taman Tasik tu perut pun dah kekenyangan. Lagipun pergerakan agak terbatas PKP nya.. PKPB nya.. kami juga banyak makan di rumah atau berdekatan rumah.
Ini pun kalau ikutkan, Iman kata nak makan di Senoko, ialah, sejak PKP 2.0 ni memang tak pergi Senoko padahal sebelum tu boleh dikatakan setiap minggu ke sana, haha.. cuma tak tulis dalam blog aje. Masa PKP ni ada sekali tapau lauk dari Senoko tapi feel-nya tak se-best makan di sana. Nantilah hujung minggu nanti bolehlah layan anak tekak, malam semalam kena layan tekak bonda nak makan nasi arab yang terlampau. Masuk jer restoran betul-betul rasa macam ada di Arab lahhhh (walaupun realitinya belum pernah ke sana)
Pertama kali kami ke Zaituna, seperti kebanyakan restoran milik warga Arab di mana-mana pun, pekerjanya pastinya Arabianlah. Namun begitu, pelanggan yang berkunjung kebanyakannya melayu. Orang melayu ni, lidah mereka memang versatile, kan. Bagilah makanan apapun, mereka suka jer mencuba dan boleh menjadi makanan harian. Tak kiralah, masakan arab ke, jepun ke, korea ke, thailand ke, mexico ke, itali ke, asalkan halal. Berbanding dengan orang jepun, korea, mexico, mereka ni rasanya pasti takut nak mencuba masakan melayu (Malaysia) yang dikatakan pedas dan berempah.
Berbalik cerita pasal Zaituna ni, ianya merupakan dua lot kedai dengan dekorasi dalaman tema timur tengah tetapi tidak keterlaluan. Ada ruang untuk makan bersila tetapi lebih banyak ruang makan di meja disediakan. Kami sendiri lebih selesa memilih duduk di meja makan dari bersila, mahu ada yang duduk melunjur nanti karang, hahaha. Sambil makan, halwa telinga dihidangkan dengan irama padang pasir, apalagi, gelek.. gelek.. gelek.. hahaha. Bagi mereka yang mempunyai masalah berkomunikasi jangan risau kerana ada staf di sini boleh berbahasa melayu dengan fasih.
Banyakkkkk giler menu appetizer dan salad, Sk memilih pembuka selera yang agak fofular di sini, Falafel. Sepinggan ni RM9. Yang bulat-bulat tu, Sk makan seketul, rasa dia ala-ala vadei pun ado, tapi lebih sedap, dihidangkan bersama sos putih masam seakan tairu dan hirisan jeruk timun serta taburan buah delima. Ada sekeping crepe juga, tak pasti rasa dan cara makannya macammana. Nak celup kat tairu tu ke atau enak dimakan begitu saja, haha. Iman dan Pak Inche dah terbuka selera tengok nasi arab yang sampai saing-saing dengan falafel ni. Sudahnya, kesemuanya ni dibungkus bawa pulang, hahaha.
Mandi Lamb semestinya jadi pilihan kami tiga beranak. Kambingnya dimasak sehingga cukup empuk, supnya sedap dan yang paling syiok sos harrah tu banyak giler dia bagi, tak kedekut langsung. Taklah kami asyik-asyik nak kena minta sos tu. Terubat rasa kecewa beli nasi arab rasa nasi beriyani di Taman Universiti masa
Hari Jadi Iman hari tu.
Satu pinggan ni harganya RM22. Boleh makan dua orang ya, jangan tamak macam kami, order seorang sepinggan lepas tu bila datang tengok berlambakkk, haha. Kami masing-masing terus asingkan separuh bahagian nasi tu ke dalam satu pinggan lain, yang tu kami tapau bawa balik. Kalau tengok kuantitinya, boleh makan untuk dua orang yang kami tapau tu, Iman kata, tu nanti bolehlah buat sarapan hari Jumaat, fuhhhh. Nanti lain kali nak makan set dulanglah, lagi jimat kot, hihi.
Zaituna Restaurant
27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Buka setiap hari 11.30 pagi hingga 11.00 malam
Jumaat 2.00 petang hingga 11.00 malam
No telefon 013 735 6645
Bagus tekak Iman, muda-muda boleh telan menu Arab..
ReplyDeleteKat rumah ni, kalau tak ye ye, Nasi Arab pun taknak Kak.. katanya kering, makan tercekik hahahaha
Aduhaiii...lapar perut masuk sini tgahri ni...
ReplyDeletewahhhh.. sedap :)
ReplyDeleteHahaha saya pun kurg sket nasi arab ni tp kalau dah xde food sgt twrpaksa gak telan.. Nak msk dalam list pebret tu blm lagi la 😅
ReplyDeleteUish.. Semua menggoda selera... Bila nak belanja ni... Hihihi
ReplyDeleteselalu je lalu restoran ni tapi tak nyempat nak menyinggah.Husband kita nasi arab ni kureng sikit..Kalau nasi beriyani dia ON je...
ReplyDeletebarbican, lama tak minum
ReplyDeleteJACKPOT yang besar hanya di AJOQQ :D
ReplyDeleteWA : +855969190856
Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd
ReplyDelete