Assalamualaikum...
HASIL pancingan di Kong Kong, semalam, Ketam Nipah Masak Cili, air tangan Pak Inche. Bersemangat betul sekarang ni tipa minggu nak berperang dengan sudip dan kuali.
Kalau biasanya, ketam ni kami masak lada hitam, tapi rasa macam dah lama pulak tak masak guna lada hidup. Resepi campak baling la ya, ada bawang merah, bawang putih, halia, serai dan belacan yang dikisar halus dan ditumis hingga harum. Pecahkan telur dua biji dalam sambal dan tambahkan air sebelum dimasukkan ketam. Tutup periuk dan tunggu hingga ketam masak dan berubah warna.
Tugas SK semalam cuma masak nasi dan goreng sayur. Sayur pilihan kali ini Pak Choy, nak beli baby kailan, tak ada pulak di kedai. Macam biasa, kalau goreng sayur, Sk cuma tumiskan bawang putih dan campurkan sos tiram vegetarian sahaja. Yang paling suka makan sayur tentulah Sk, yang dua orang ni cuma makan sesudu aje seorang, huhu.
Ketam duduk seekor semangkuk. Ingatkan dua ekor cukuplah macam selalu tapi kali ni macam tak cukup. Pak Inche semalam nak beli tiga, sebab ketamnya tak besar macam Ketam Nipah yang kami beli hari tu. Yang tu boleh potong empat ketamnya. Tapi, Sk la kata tak payah, nampaknya lepas ni memang nak kena beli tiga ekorlah, baru puas makan dua beranak tu. Sk tak apo sebab bukan peminat ketam, dapat makan nasi dengan kuah ketam pun dah syukur Alhamdulillah.. hihi.
Uiiii.. Memggoda nafsu la ketam tu.. Merah sexy gumuks tu mesti isi penuh bulan tengah naik ni orang kata elok isi ketam penuh
ReplyDeleteWah! Ratah-ratah sedap ni. Nasi tolak tepi dulu.
ReplyDeleteyummyyyyyy!!!!!
ReplyDeleteNaperlah masak 2 ekor je, baru nak hulur pinggan hihi...
ReplyDeleteKita samalah SK, suka sayur :)
laapaaarrr!!!!!!
ReplyDeletehahahhaa masuk sini memang rasa kebulur sangat..
bahaya sunguh la :D
Pak Inche sama naik ek gan Mak Inche, pandai masakkkk...
ReplyDeleteNanti raya nak datang laaa, minta Pak Inche masak..
Tudiaaaaaa....geram betul tengok ketam tu..nasib dah start puasa seafood
ReplyDeleteMantapppp behtul.. memang x cukup.. kalau sy.. sorg dua ekoqq.. hewhewww
ReplyDeleteAre you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd
ReplyDelete