Assalamualaikum...
RAMAI betul orang di Pasar Tani, semalam. Untuk masuk ke lorong pasar tani, elok dah semua ikut SOP, tapi bila nak membeli tu, SOP nya dah ke mana-mana. Nak salahkan pelanggan pun tak boleh jugak sebab peniaga sendiri tak buat peraturan. Sekurang-kurangnya letaklah tali plastik rentang merah putih tu dan buat laluan keluar masuk untuk pelanggan. Kemudian, layanlah pelanggan ikut barisan. Ini, dengan tak ada barisan, berlonggok-longgoklah pelanggan depan gerai. Sk kalau tak ikut berlonggok sekali, mahu sampai tutup pasar tani tak dapat membeli, huhu.
Alkisahnya, Pak Inche nak makan Soto Tulang Lembu. Tu yang ke pasar tani, nak cari tulang... nak cari tulang... Keluarga SK memang agak jarang la buat soto guna ayam sebab ibu Sk tak makan ayam. Tapi, semalam, untuk makan kami tiga beranak jer pun, adalah tiga empat ketul tulang lembunya yang Sk sotokan bersama semangkuk daging tetel. Menebalkan lemak katanya, hahaha.
Soto ni setahu Sk la, memang dimakan dengan nasi impit. Tapi, Pak Inche tak makan nasi impit dan memang dia cuma makan soto dengan bihun. Sk masih ingat, masa ke Bandung, Indonesia dulu, semasa Sk memesan soto, yang datangnya cuma sup berempahnya saja, nasi impit ke, bihun ke, semua tarak. Tapi, dalam sup tu, ada kacang tanah goreng dan suhun goreng. Untuk soto yang Sk buat ni, memang tak cukup syarat la.. nasi impit tak ada, suhun goreng tak ada, taugeh tak ada, yang ada cuma bihun dan sambal kicap.. adeh.
Apapun.. sedap soto Sk ni tau, sambal kicap pun power, haha.. sambil taip ni pun dok teringat-ingat. Macam nak kena repeat ni, nanti kita cukupkan bahan ya, huwa huwa huwa.
p/s Cik PM kita tu tak cukup korum la.. kena jugak cari mangkuk beso nampaknya, hahaha.
Saya Kak macam setuju ada sorang ni bagitau, peniaga pasar malam ke pasar tani ke, kena ada seorang di depan kedai untuk bantu SOP.. so boleh adjust, amikkan order semua.. tak gitu kak..?
ReplyDeletebetul, Lin.. patut setiap gerai ada sorang yg akan jaga SOP, dan customer kena beratur ikut giliran macam nak masuk kedai makan tu
Deletesaya pun makan bihun je kak... x makan sangat nasi impit...
ReplyDeleteDapat sup ngan cili kicap pun dah cukup... makan panas2, pergh terangkat wooo!!!
haaa.. samalah ni kita makan semalam, buat syarat jer, hihi
Deletetak cukup syarat pun nampak sedap :)
ReplyDeleteNampak sedap je tu....
ReplyDeleteTak cukup syaratnke tak cukup PM tu.. Bijak3 SK ni.. Ada la sebab untuk tambahkan.. Tambah SK jangan tak tambah. Kang jangan memalam ngigau sebut PM suddah.. 🤣
ReplyDeleteHaha..kelakarlah ayat yang last tu kak seri oi.. tapi memang nampak menggiurkan pun.ade mane nak cari soto memalam neh
ReplyDeleteKadang-kadang dah sedia cukup syarat, tapi yang dimakan cuma bihun, kuah dan sambal kicap saja. Nasi himpit dll tak dipandang pula. Itulah namanya selera masing2 ye SK.
ReplyDeletesuka makan soto dgn bihun juga..... :)
ReplyDelete
ReplyDeletemenangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
AJOQQ menyediakan 9 permainan seru :)
WA;+855969190856
Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd
ReplyDelete