SARAPAN ALA PANTAI TIMUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...

BANYAK betul makanan yang diidamkan sepanjang larangan makan di kedai semasa PKP 2.0 ini. Bila telah dibenarkan makan di kedai, tak pulak jumpa waktu yang bersesuaian. Ada waktu sesuai, tak pulak jumpa partner in crime, kahhhhh.

Alhamdulillah, hari ni tertunailah sudah hasrat anak tekak dan anak perut nak makan Nasi Dagang di Restoran Pantai Timur Che Yah, Taman Bahagia. Memang bahagia sungguhlah lebih-lebih lagi apabila dapat gulai ikan tongkol dengan cili padi hijau yang banyak, puas menahan pedas, sakit perut kita fikir kemudian.


Partner in crime, Ain namanya.. memilih Nasi Kerabu. Seingat Sk, ini kali pertama keluar makan berdua dengan Ain. Ketika sama-sama memilih makanan di cafe Kak Sab, Ain sedang memilih-milih mangkuk Mee Kari. Sk pulak sejenis tak suka makan makanan berkuah seperti mee kari kecuali bila datang seru. Tengok makanan lain, ada nasi goreng dan kuey teow goreng, macam jemu pulak hari-hari bergoreng. Terus tanya Ain, nak ke pi makan kat restoran Che Yah? Ain laju-laju setuju, teruslah merempit ke Taman Bahagia, hahaha.

Teringat kata Iman, banyak-banyak negeri, negeri Kelantan la yang orangnya rajin masak. Bukan mudah ui nak menyiapkan hidangan nasi kerabu yang lengkap dengan ulam dan sambalnya. Tapi di Che Yah ni, nasi kerabunya tak ada solok lada dan hari ni terkejut tengok nasi kerabu warna ungu. Secara peribadi, Sk lebih sukakan Nasi Kerabu di Warung Kak Yah, Kampung Pasir.

Dan.. Ain mengaku, nasi kerabu ni agak kurang sedap di tekaknya pagi ni.


Ain kata, kalau tahu ambil Nasi Dagang sama dengan Sk. Berbanding nasi dagang di Warung Kak Yah, Sk lebih serasi dengan nasi dagang di sini. Haaa.. mesti pembaca keliru kan, jap Che Yah, jap Kak Yah.. hahaha. Secara kebetulan jer nama sama, tapi sorang Che sorang Kak. Sorang buka restoran, sorang buka warung. Che Yah di Taman Bahagia, Tampoi.. Kak Yah pulak di Kampung Pasir, Tampoi. Jangan keliru tau.

Kalau makan nasi dagang, Sk suka kuah banjir. Cili padi hijau tu biasanya Che Yah akan letak banyak dalam gulai ikan tongkol tapi kalau tak suka ikan tongkol, ada jugak gulai ayam. Tapi bagi Sk, nasi dagang mesti bersama gulai tongkol, hihi. Acar mentahnya pun sedap dengan hirisan halia, sesekali tergigit halia, merecikkkk terus, haha.

Nasi Dagang Che Yah dah dapat.. rasa esok macam nak jugaklah Nasi Kerabu Kak Yah, hahahaha.


Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SK ada berapa perut ni...siap anak perut sekali. Nanti ada kakak & abang perut pulak...hahahaaa!

    ReplyDelete
  2. sedapppp halia, hahah klu tergigit pun mmg sedap sbb suka makan halia :)

    ReplyDelete
  3. sama kak, saya pun prefer kuah byk klu nasi dagang... even nasi kerabu pun saya suka kuah byk gak hahha

    ReplyDelete
  4. Kalau kat pantai timur mereka tak guna ikan tongkol
    Mereka pakai ikang aya

    ReplyDelete
  5. Sedak sengoti napak ter...
    Ramai penjual nasi makanan pantai timur nama Che Yah kan.. Hihihi

    ReplyDelete
  6. Kak, kat UDA ada bukak satu kedai nasi kerabu, akak dah cuba ke?

    ReplyDelete
  7. Biasa beli yang nasi dagang aeroplane tuh...satu company dengan nasi dingin dari Kelantan...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  8. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong, bandar66, perang bacarat dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  9. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!