MEE BANDUNG DAN SATE SEDAP DI KOPERASI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum... 


IKUTKAN nama diberi, Mee Bandung Banjir tapi Sk tak tahulah boleh ke didefinasikan sebagai banjir sebab setahu Sk kejadian Mee Bandung mestilah kena banjir, huhuhu.  Tapi... tapi... sesiapa yang masih mencari-cari mee bandung sedap di JB, anda bolehlah ke Medan Selera Ulu Pulai dan memesan semangkuk mee bandung.

Lama sungguh Sk tunggu pesanan sampai ke meja. Sk pesan semangkuk mee bandung biasa. Tengok di papan menu ada beberapa jenis mee bandung iaitu biasa, daging, udang dan special. Bila lama tak sampai-sampai, Pak Inche pun pergi bertanya. Rupanya mee bandung dah siap tapi tak ada arah tuju kot, tak tahu meja mana order. Tengok dalam mangkuk, seekor udang sedang bertenggek dengan kepingan daging yang banyak. Bila diselak meenya, rupanya ada jugak potongan sotong kembang, tahulah Sk yang sampai ni Mee Bandung Spesial.

Walaupun begitu rasa asli mee bandung tetap menyerlah. Kadang, bila ada macam-macam rencah pada mee bandung, akan hilang keasliannya tapi mee bandung ni masih terasa originalitinya di tekak Sk dan tidak mengecewakan walaupun terpaksa membayar lima belas hengget (sebab kan kita minta yang biasa aje benonya), huhu.


Betul-betul di sebelah kanan gerai Mee Bandung, gerai Sate. Sebagai peminat sate, bukan Sk tapi Iman dan Pak Inche, maka wajiblah order. Sebaik sate diletak ke meja, masing-masing teruja nak mencuba.Sate seringgit sebatang amat berbaloi-baloi saiznya. Lemak yang mencair di tengah cucukan sate membuat rasa tak nak berhenti mencapai secucuk demi secucuk. Kuah kacang pun sedap bila bersatu bersama sate dalam mulut, hihi.

Maaflah gambar gelap maklumlah, makan di bawah cahaya bulan purnama jer, hihi.
Happening jugak medan selera Ulu Pulai ni, Sk siap cuci kereta sebab ada car wash yang dibuka. Ada gerai buah-buahan, nak makan apa, semua ada. Western, local, tomyam, ikan bakar, mee rebus, soto.. hurmm.. macam-macamlah. Tepuk dada tanya selera jer.



Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Seksi betul udang nan seekor tu berjemur dipinggir mangkuk tu.. Sate pun nampak sedap. Dah lama tak makan sate terliur lah pulak.

    ReplyDelete
  2. selera datang lepas baik dari sakit.... ermmm :p

    ReplyDelete
  3. mahal takpe janji sedap kan ,baru puas hati

    ReplyDelete
  4. Wow... lama x makan mee bandung..nampak lazat ituuuuu. sy pun x minat sgt la ngn sate.. hoho..

    ReplyDelete
  5. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!