MENAMBAH KOLEKSI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...


SERONOK giler betul semalam apabila barang yang Sk pesan dari Shopee dihantar ke meja oleh kawan sepejabat. Ini pertama kali Sk beli barang dari Korea. Kalau ikut jadual penghantaran dalam Shopee, ia sepatutnya sampai 9 February nanti tapi Sk baca banyak positif review yang seller ini memang cepat-cepat hantar barang yang pelanggan beli. Memang betul pun, seminggu lebih awal dari jangkaan. 


Beli barang online ni kadang sampai cepat atau lambat, ikut nasib jugak. Kadang seller dah hantar cepat, tapi courier pulak berlengah-lengah dan suka peram barang. Jadi, memang nasib Sk baiklah sebab hari ini baca status seorang kawan, semua perkhidmatan courier tergendala kerana terlalu banyak barang. 

Hurmmm.. beli barang apa tu, Sk oi?


 Ya ampunnn.. terjebak lagi. Asalnya bukanlah nak beli sangat pun tapi bila seller bagi diskaun lebih 50 peratus, maka jangan tidak-tidak. Nak-nak pulak Sk dah survey di banyak kedai online, memang tak dapat harga yang Sk beli ni. Cuma Sk tak dapatlah motif roses kesukaan seperti dinner plate sebelum ini. Botanic Garden pun cantik jugakkan, janji Cik Port, huhu.


Masa tengok set ini teringat live seller dari Damansara yang mempromosikan 5 piece Accent Bowl Set ni yang dikatakan antara set praktikal bagi pengumpul Cik Port. Boleh hidang roti canai.. empat mangkuk tu bolehlah isi kari, dhal, sambal, kahhhhh.. tu la yang jadinya beli jugak ni, nak hidang roti canai punya pasal eh 😜😜😜

Eh, ni nak letak sambal belacan dengan ulam-ulaman pun onz kannnn...




Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ibu2 memang camtu...bpk2 mkn kat pinggan plastik pun laju jer..

    Kabinet koleksi kereta mainan sy abis kena punggah diletak koleksi pinggan PM ini..

    ReplyDelete
  2. Bior betul Kak diskaun lebih 50%.. murah laaa tu... eh nak kirim akak aje la belikan.. haaaa kan tersampuk.... adoii

    ReplyDelete
  3. SK.. Bulan 7 nnti birtday saya tau. Nak full adress tak? Kot nk hantar portmeirion barang se set.. 🤣

    ReplyDelete
  4. walaweiii nasib kita bkn pengumpul pinggan mangkuk dan seangkatan dengannya hehehe

    ReplyDelete
  5. IONQQ menyediakan pelayanan terbaik dan bisa di percaya
    ayo segera bergabung bersama kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  6. Menarik la SK...beli kat mana tu..share la info

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!