CREAMY AND SPICY SEAFOOD PASTA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum...

BERJANJI dengan Iman, pagi ini nak bersarapan di rumah nenek. Dah hampir tiga minggu rasanya tidak ke Senai, jadi plan hari ini nak bersarapan di sana. Teringin nak makan jemput-jemput pun ya juga, rasa nak makan lempeng pun ada jugak, hurmmm... sikit punya giler mengidam ni, hahaha. 

Tapi, lepas Pak Inche pergi kerja, laju pulak celup biskut dalam secawan nescafe o panas,  sampai lupa plan nak ke Senai. Kemudian, layan drama Takdir Yang Tertulis, Iman la hasut suruh tengok, haha. Sudahnya memang hanyut la, tengok jam dah 10.25 pagi, sarapan ke mana, Senai ke mana, hahahah.


Tapi, datang pulak rajin, masak pasta sekuali untuk dijadikan buah tangan. Selalu singgah beli nasi lemak dan goreng pisang tapi rasa macam jemu pulak asyik-asyik nasi lemak, hehehe. Lemak kat badan dah berlapis-lapis, jadi merajinkan diri jom..

Creamy & Spicy Seafood Pasta

5 ulas bawang putih cincang
1 mangkuk isi udang
2 ekor sotong potong bulat
1 tin sos prego cheese & herbs
Sedikit minyak zaitun
1/2 cawan susu sejat atau full cream
Chilli Flakes
Daun parsley
1 bungkus pasta (Sk guna Linguine Pasta)

Cara-cara :

1. Rebus pasta dalam kuali besar mengikut arahan pada label bungkusan.
2. Dalam kuali lain, tumis bawang putih dengan minyak zaitun, kemudian tuangkan sos prego.
3. Masukkan sotong dan udang, kacau sekejap, tutup api.
4. Pasta yang dah direbus tadi, buangkan airnya dan biar dalam kuali sama.
5. Tuangkan sos ke dalam kuali pasta, buka api, tambah susu. 
6. Masukkan garam secukup rasa, chilli flakes dan daun parsley dicincang.
7. Siappp!














Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wahh berselera daku menengoknya kak!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya dapat makan pasta mewah seafood macam ni....

    ReplyDelete
  3. perghh meriah udang ngan sotong dia :)

    ReplyDelete
  4. Dah alang-alang ke Senai tu, hantar le ke Pasir Gudang ni hahahahhaa

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaaa...kat rumah ni spagetti atau apa jer pasta SA ngan Dania jer yang makan...orang lain x makan pun...

    ReplyDelete
  6. IONQQ menyediakan permainan poker, domino99, bandarq, bandarpoker,aduq,sakong,perang bacarat dan capsa :D
    ayo ditunggu apa lagi
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!