Assalamualaikum...
INILAH yang di 'gu' dengan Sambal Kak Wok tuari, Kari Tulang Lembu.
Tulang tu dibeli dari pasar tani yang nak masak soto tulang, tu kan. Tulang tu, Sk rebus dulu atas api, kemudian buang air rebusan tu dan rebus lagi sekali, juga dibuang airnya. Kemudian baru Sk rebus guna periuk tekanan noxxa, tekan HP 50. Separuh tulang Sk asingkan untuk masak kari ni atas permintaan Pak Inche. Permintaan siapa lagi kita nak layan, kan.. huhu.
Dah lama Sk masak kari tak bubuh santan tapi kali ni SK letak dalam 100 ml sebab termasin, haha. Kisahnya kentang tak ada stok, orang kata kalau termasin masak, letak kentang. Sk pulak letak santan. Nasib termasin sikit jer, taklah termasin macam orang nak kahwin tu.
Resepi Kari Tulang Lembu Sk
Tulang Lembu Secukupnya (rebus sehingga empuk)
1 mangkuk kecil daging lembu bahagian tetel (rebus sehingga empuk)
2 biji bawang besar (merah) dimayang halus
3 ulas bawang putih diketuk sahaja
1" halia dihiris
1 batang serai diketuk
2 tangkai daun kari
1/2 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
5 bunga cengkih
1 sk serbuk kunyit
1 sb serbuk cili
2 sb rempah kari
Minyak secukupnya untuk menumis
Air secukupnya
100 ml santan
2 biji tomato belah empat
Segenggam cili api (jika suka)
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak secukupnya, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkih. Tumis juga bawang besar merah, bawang putih, halia dan serai hingga layu.
2. Masukkan daun kari, terus menumis, kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan rempah kari. Tambah sedikit air, tumis hingga pecah minyak.
3. Bila dah pecah minyak, kacau, tambah air lagi, tumis lagi hingga pecah minyak, buat berulang kali hingga tumisan cantik, barulah tambah air rebusan dan masukkan tulang dan tetel lembu.
4. Masukkan asam keping dan garam, kacau sebati.
5. Masukkan santan, kacau sentiasa sehingga mendidih.
6. Akhir sekali masukkan tomato dan cili api, kacau sebentar, tutup api.
Saya kadang rebus dulu & buang air rebusan pertama tu. Kadang lupa nak buang dah terebus sampai empuk dah... Hihihi.
ReplyDeleteTapi bagusnya memang buang dulu air rebusan pertama kan..
nampak sngt menyelerakan
ReplyDeleteAgak lama tak beli tulang lembu, last beli tulang gearbox tu masak merah tu.. terus rasa teringin plak.. esok cari laaa
ReplyDeleteKalau tulang wak suka buat sup
ReplyDeleteOkey lepas 20hb 3 baru boleh makan daging merah semula..ada beli tulang rusuk lembu tapi x leh masak sekarang..x lama lagi nak check up
ReplyDeleteAre you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd
ReplyDeleteUiiii.. Mengancammm ahhh.. daging pulak kalau empuk.. sedapnyaaaa oii
ReplyDelete