MASAK DAN MAKAN ALA KOPITIAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

DAH dua hari merancang nak makan di luar tiga beranak tapi dua hari jugaklah apa yang dirancang tak menjadi. Macam semalam, plan nak makan malam di Senoko tapi bila balik dari Makan-makan dan Jalan-jalan tu, dah mandi, dah baring-baring, terus rasa macam malas nak keluar balik sebab nanti kena mandi lagi sekali, hihi. Penat sangat rasanya sejak tahun lepas, mandi tiga empat kali sehari. Tu belum lagi baju berlambak nak dibasuh dan dilipat. Mandi dua kali sehari tu normal, tapi kalau dah pagi mandi sekali, keluar.. balik mandi.. lepas tu nak keluar tu nanti mandi lagi sekali, balik rumah nak mandi lagi, memang letih. Sabun pun laju jer habis, pencuci muka pun cepat habis, huhuhu.

Jadi, bila tak jadi makan di Senoko, Sk pesan Pak Inche supaya terus tapau Ikan Pari Bakar Sambal Tip Top. Sk di rumah cuma masak nasi aje. Sayur pun dah tak ada jadi kami cuma makan lauk ikan pari bakar, macam selalu kena ambil dua potong sebab Iman memang suka makan sampai berebut dengan babahnya. Sejak tu la wajib la beli dua potong, huhu. Malas nak ambil gambar, lepas hidang terus santappp, hahaha.


Macam malam ni pulak, cadangnya nak keluar makan di De Cabin tapi bila buka peti sejuk nampak pulak bihun lebihan makan Bihun Soto tuari, Sk fikir eloklah bihun tu digoreng dan diperabih malam ni dari keluar makan di luar. Bila tanya Pak Inche, dia pun okey, Iman pun malas nak keluar sebab petang tadi pun dah makan nasi.


Masa Jalan-jalan semalam, terbeli pengukus buluh ni kebetulan memang dah lama dicari. Tengok di shopee ada jual tapi tak berkenan selagi tak tengok dengan mata kepala sendiri, hihi. Jadi, kuatnya perasaan tak nak keluar tu sebab nak guna pengukus ni laaa.. hahahaha.


Terkejut Iman bila masa bonda buat sangkaya, tulah, asyik tengok telefon aje, dia tataw bonda ada magik, hahahaha. Walaupun biasanya sangkaya ni guna perisa pandan tapi tak berapa gigih nak buat, Sk terus ceduk kaya dalam botol campur air panas dan tambah santan kotak, bijok sungguh laaa.. hahaha.


Kenyang perut malam ni, makan Bihun goreng dengan Roti Sangkaya. Cuma penat sikitlah lepas makan kena kemas, kalau makan kat kedai ada orang yang kemaskan, hahaha. Tapi bagusnya duit pun boleh duduk diam-diam, tak gituh???






Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Pebret ni kalau dpt makan bihun pedas2 letak udang.. Perhhh

    ReplyDelete
  2. Cantik pengukus SK tu...beli kat mana tu...

    ReplyDelete
  3. hahha betul, makan kt kedai bayar then balik ..tak perlu kemaskan apa2

    ReplyDelete
  4. Poker online dengan presentase menang yang besar
    ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  5. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!