Assalamaualaikum...
LUPA angan-angan nak makan Lempeng cicah kuah Kari Ikan Bawal bila terpandang periuk ayan yang menyimpan lebihan Nasi Ayam yang Sk masak Sabtu lepas. Cerita pasal masak nasi ayam tu, SK tak sempat cerita di sini,sebabnya.. lupa ambil gambar, padahal dah siap hidang cantik-cantik atas meja. Lari ke depan nak ambil handphone tapi lain pulak yang dibuat. Dah jadi mak-mak sangat sekarang ni, lupa memanjang.
Macam biasa pagi ni, selepas Pak Inche ke pejabat, Sk akan membancuh secawan kopi, kopi instant saja, tak perlu direnih bagai. Kemudian, ambil sekeping roti calit dengan jem berry, terus suap ke mulut. Tak payah berpiring-piring sebab makan seorang-seorang. Lepas tu kemas rumah dan buka sarung kerusi, campak dalam mesin basuh. Lepas mandi buka peti sejuk, tuuuuu nampak nasi ayam, hahaha. Ayamnya, ayam goreng lebih kat sini, ayam nasi ayam dah habis masukkan dalam nasi goreng semalam, pun malas nak ambil gambar, hahaha.
Cerita pasal Sardin ni, lama sungguh Sk tak dapat makan lauk sardin. Iman dan Pak Inche tak makan tapi SK dah banyak kali cerita, kalau Sandwich Sardin dorang makan pulak. Jadi, dah beberapa kali SK perasan, kalau Sk buat inti sardin tu biasanya banyak sebab Pak Inche suka mengulang makan (dia letak sendiri inti pada roti), tapi kebelakangan ni kerap sangat bertapa sampai seminggu dalam peti sejuk. Jadi, masa buat inti sardin tuari, SK asingkan tiga ekor untuk masak sambal sardin untuk diri sendiri. Teringat dulu-dulu, kalau ibu masak sardin, mesti berebut nak masukkan nasi dalam periuk sardin supaya dapat sambal yang lebih-lebih tu tapi kali ni makanlah sepuas-puasnya sambal sardin tu, siap boleh bawa bekal lagi.
Sambal Sardin
3 ekor sardin dalam tin dengan sos tomato
1/2 labu bawang besar potong separuh bulat
Segenggam cili api
1 senduk cili dan bawang yang dikisar bersama
3 ulas bawang putih cincang
Sedikit hirisan halia
Sedikit air
1 asam keping
Sedikit garam
3 sudu jus limau
Beberapa biji tomato cerry atau satu tomato potong empat
Sedikit minyak untuk menumis
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia.
2. Masukkan cili dan bawang kisar, tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan bawang besar dan cili api.
4. Masukkan sardin dan sosnya
5. Kacau sebentar, masukkan sedikit air, asam keping, jus limau dan garam secukup rasa.
6. Siapppp!
Sama la SK, dulu pantang lauk sardin confirm habis licin nasi...la ni dah x habis plak satu tin sardin yang besar..erm..next time beli sardin tin kecik je..
ReplyDeleteLempwng mana... Lempeng.... Hihihi
ReplyDeletesardin dgn ubi ! sedapp
ReplyDeleteAJOQQ menyediakan 9 permainan yang terdiri dari :
ReplyDeletePoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)
WA;+855969190856
Sedappp suka makan dengan roti. Ni lauk yg senang kalau malas nak masak lauk berat
ReplyDelete