IKAN PARI BAKAR SAMBAL 1 MENIT LAGI - Alam Sari Di Tanah Jauhar

IKAN PARI BAKAR SAMBAL 1 MENIT LAGI

 Assalamualaikum... 

MASA tersisa.. satu menit lagi!

Aduhai, setiap malam ayat ini bergema di ruang tamu rumah Sk gara-gara Pak Inche kini yang gemar menonton rancangan Cooking Master, rancangan realiti tv masakan terbitan dari negera jiran, Indonesia. Masa mula-mula dulu, rajin jugaklah Sk join sekali tapi sekarang macam dah bosan pulak melanguk tengok orang masak. Pak Inche pulak, kalau tak ada cerita lain yang menarik, memang dia tengoklah dari mula sampai habis. Kalau ada cerita lain, siap direkodkannya Cooking Master tu, huwa huwa huwa.


Sabtu lepas, Pak Inche memasak Ikan Pari Bakar Sambal ni untuk makan tengahari di wkatu petang. Biasalah kalau hari cuti, sarapannya lewat jadi makan tengahrai pun lewat jugak. Ikan pari tu SK ingatkan nak masak asam pedas tapi Pak Inche kata buat pari bakar macam Tip Top. Sk sajalah cakap, macam tu, babahlah masak.. dia pun kata okey... fuhhhh.. 

Dan sepanjang dia memasak tu, tak habis-habis buat reaksi macam sedang bertanding dalam Cooking Master... 1 menit lagi... 1 menit lagi... kelako pun iya, bingit pun iya, hahahaha. Disebabkan sayur pun dah habis stok, makanya ini sajalah satu-satunya lauk yang terhidang atas meja. Gara-gara lauk ni jugalah, bocor periuk nasi terus, memnag kena sangat sambal tu dengan selera kami. Pak Inche tanya, sama tak sedap dengan Tip Top. Memang tak sama, Tip Top sedapnya lain, sambal Pak Inche ni sedapnya lain. Kembang kuncup Pak Inche.. nasib kain tak koyak, kahhhhhh.

Lain kali masaklah selalu ya Pak Inche.

Yang kelakarnya, sampai ke sudah tak ingat ikan pari tu dari mana belinya dan siapa yang beli. Sk??? Sk memang tak beli ikan. Pak Inche kata, bukan dia.. Iman??? Lagilah takkkk... hahahaha... sabo ajelah!


10 comments:

  1. Hahahahaha adoiii sapa ekk yang beli.. jeng jeng jeng..
    Nampak mengencess betul oii sambal Pak Inche..

    ReplyDelete
  2. misteri jugak tu siapa yg beli ikan pari?? hahaha

    ReplyDelete
  3. aduhhhhh sedapppp nya tgk..tapi siapa yg beli ni?

    ReplyDelete
  4. Ikan pari pakej 2 in 1 masa beli esbox barj hari tu kot.. Hahahaha
    Apapun sambal dia mengancam

    ReplyDelete
  5. Haaahh sudah! Misteri ikan pari pulak dah!

    ReplyDelete
  6. Ayo bergabung di IONQQ dan nikmati deposit/withdraw yang cepat tanpa harus menunggu lama
    IONQQ menyedikaan bonus rollingan 0.3% dan referral 20%
    Ayo segera bergabung bersma kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  7. ni semua salah ikan pari.. 😅😅😅

    ReplyDelete
  8. SA lupa ada aluminium foil tu kat rumah ni...segulung besar..

    ReplyDelete
  9. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
  10. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih