RESEPI SAMBAL NASI KAK WOK YANG ORIGINAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

KARI dengan Sambal Belacan memang sukar dipisahkan ek. Kalau di rumah Sk ni, bila makan lauk kari, sambal belacan wajib ada. Kalau cili habis kena pergi kedai beli. Kena pastikan juga sambal belacan ada atas meja supaya tidak berlaku amukan macam syaiton sultan dalam filem Seniman Bujang Lapok, hahahaha.


Disebabkan semalam Sk masak kari, jadi Pak Inche dah pesan siap-siap supaya buat sambal belacan. Kari apa, nanti Sk cerita. Lupalah, patutnya buh entry masak kari dulu tadi, hihi. Berbalik kisah pesanan Pak Inche tu, Sk suruh Pak Inche yang buat sambal belacannya sebab Sk dah masakkan kari. Pak Inche kata, nanti dia buat Sambal Kak Wok. Fuyoh, pandai ke? Pak Inche senyum-senyum.

Nak buat sambal aje pun tapi dah macam nak kenduri. Lepas tu bising, tak jumpa cili kering padahal tertonggok tipuware berisi cili kering depan hidung. Tak tahan tengok berkecah, Sk datang jugak menolong. Urut dada Tarik nafas tengok gelagat laki, hahaha.. hampir jugak keluar perangai mak tiri.

Rupanya resepi Sambal Kak Wok diambil dari Blog Azie Kitchen. Terus Sk ingatkan Pak Inche, kalau dah ambil resepi kat situ, jangan lupa klik iklan.. baru berbaloi blogger kongsi resepi yang kita tak tahu bagaimana sukar beliau mendapatkan resepi terbaik demi pembaca. Dan, memang betul.. resepi sambal yang dikongsikan Kak Azie tidak mengecewakan. Walaupun pada mulanya Sk agak musykil jugak dengan penggunaan cili kering dalam sambal. Tu yang naik berkecah dapo tu dengan periuk belanganya nak merebus cili kering, hahaha. Bila baca resepi ni, terbayang pulak Pak Inche dok cucuk belacan dan bawang putih dengan garfu untuk dibakar pada api dapur, taat sungguh ya.


Resepi Sambal Nasi Kak Wok Yang Original
Sumber : Azie Kitchen

Bahan bahan:
15 tangkai cili kering - rebus & tos
10 tangkai cili merah 
Segenggam cili padi kampung hijau - 30 tangkai
6 biji asam limau kasturi - buang biji 
1 ibu jari belacan - bakar seketika
1 ulas bawang putih - bakar seketika
1/2 cawan cuka makan
1/2 cawan gula atau secukup rasa
1-2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 sudu kecil aji no moto atau serbuk perasa

Cara cara:
1. Hiris halus semua cili padi dan cili merah. Tujuannya supaya ianya mudah hancur. Cili kering guna yang jenis berkilat, bukan yang kerinting

2. Cucuk belacan dengan menggunakan garfu dan bakar atas api seketika. Ulang yang sama untuk bakar bawang  putih pula. 

3. Kisar semua bahan di atas dengan menggunakan "pulse" sahaja. Jangan dikisar halus. Biar ada kasar kasar sedikit.

4. Akhir sekali, tuang ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit aji no moto, jika suka. Kacau sebati dan sesuaikan rasa. 

5. Simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti sejuk. 

Nota:
Mesti ada lebih rasa manis. 

Boleh disediakan lebih awal kerana rasanya akan menjadi lebih sedap setelah semua cili telah terjeruk di dalam gula dan cuka. 


Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ada 9 permainan poker menarik di AJOQQ :D
    ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  2. Kalau masak kari haruslah ada sambal belacannya, baru kena gu dia. Ikan goreng jangam dilupa😁

    ReplyDelete
  3. Sambal belacan pemangkin selera.
    Macam mana nak diet

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaaa.... sedapnyaaaa.... mcm nak cari nasi kak wok plak.. huiiih

    ReplyDelete
  5. hahah excited nak buat sampai tak jumpa even depan hidung eh hehe

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap plak sambal nasi kak wok tu ha..nak cuba buat jugak la nanti

    ReplyDelete
  7. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!