UDANG SAMBAL PETAI LAWAN LIMPA MASAK REMPAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

MENU yang berulang-ulang ditayang dalam blog Alam Sari ini, Udang Sambal Petai. Cuma nama dia aje kita tukar-tukar, kadang jadi Sambal Udang Petai, kadang namanya Sambal Petai Udang, hahaha. Walaupun dah kehabisan stok cili kisar, gigih jugaklah buat stok baru, itupun sikit sebab tak tahan bersin-bersin masa menggunting cili tu. 


Ada sayur kailan aje dalam peti sejuk, sayur kegemoran keluarga ni. Kalau rajin, SK masukkan sotong, kalau tak rajin, memang kailan dengan bawang putih serta sos tiram sajo. Sk suka tumis dulu bawang putih cincang garing-garing dan angkat sebahagiannya dahulu. Bila dah masak sayur tu, hidangkan dalam pinggan dan tabur bawang putih yang ditumis garing tu. 


Macam biasalah, Pak Inche bawa balik lauk untuk tambah-tambah. Limpa Masak Rempah ni dibeli di pasar malam Taman Tampoi Utama. Sepanjang PKP ni, sana-sini Sk nampak ramai yang membuka payung berniaga makanan dan bercambah macam cendawan lepas hujan. Kalau petang-petang tu dah macam ada Pasar Ramadhan. Yang penting jaga SOP okeh!

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sexy betul idang tu menggamit selera aroma petai tu Sk oii... Mana nak cari petai ni...

    ReplyDelete
  2. Fuyoooo udang sambal. Tengok gambar tu terus rindu udang sambal mak. Bila la pkp nak habis ek

    ReplyDelete
  3. Air tangan SK ni menggoda betul :D

    Dekat area rumah PH pun sama SK, ramai berjualan di tepi jalan. Kalah pasar malam meriahnya...

    ReplyDelete
  4. anything yg ada petaiiii.. sedappp

    ReplyDelete
  5. Kat belakang tu limau mandarinlah... gong xi fa chai SK!

    ReplyDelete
  6. dapatkan jackpot yang besar hanya di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!