CANTONESE KUEY TEOW YANG HILANG SKILL-NYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

LAMA tak masak Cantonese Kuey Teow. Di kalangan family dan kawan-kawan, masakan CKT Sk sentiasa mendapat pujian kerana setanding dengan masakan dari Chinese Restaurants. Ni bukan masuk balik angkat sendiri tapi sememangnya kebyataan, hahaha. Ia antara masakan yang selalu Sk masak dulu setiap kali mereka datang ke rumah malah jika datang beraya, inilah masakan yang menjadi permintaan kawan-kawan, hihi.


Atas permintaan Pak Inche, katanya dah lama tak makan, ini dinner kami anak-beranak minggu lepas, baru nak stori hari ni, hehehe. Sebenarnya sejak pagi sampai malam asyik makannnn jer tapi gagahkan jugaklah memasak ni sebab kuey teow dah dibeli. Bukan boleh simpan-simpan terutama kalau dah masuk peti sejuk, ia akan menjadi keras, jadi terpaksalah dimasak jugak.

Sk pulak, dah lama sangat tak memasak agaknya sampai tak boleh bajet sukatan tepung jagung tu.. punyalah banyak dimasukkan sampai jadi terlalu pekat. Sepatutnya boleh tambah air panas untuk cairkan sikit tapi akak macam tak berfungsi pulak, kahhhh. Nasib baik sedap jugak, tapi agaknya semua kenyang asyik makan jer dari siang, semua tak mampu nak habiskan udang dan sotong tu. Terus ceduk masuk dalam tupperware simpan peti sejuk, makan kuey teownya sajo, hahaha.




Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memang sedap hasil air tangan SK. Lengkap dengan segala aksesori yang menggoda! Kalau saya, simpan kuey teow, ratah aksesorinya kihkihkihhh!

    ReplyDelete
  2. Fav dania ni..kalau makan kat kedai memang akan order ni...aksesori tu menggoda betul

    ReplyDelete
  3. Fav sy ni kak.. pastu si kakak pun tersuka jugak apa yg ibu dia ni suka.. adoi la.. haha

    ReplyDelete
  4. Menu ni saya belum pernah masak sendiri. Achik pandai masak masak ni. Nak kena try jugak ni

    ReplyDelete
  5. Okay raya tahun ni nak raya uma Mak Inche nak CKT tau ... tak kira nak raya jugaaa...

    ReplyDelete
  6. agen dengan 100% player vs player hanya di IONQQ :)
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  7. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!