AYAN OH AYAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum... 

MALAM tadi, masa scroll ig atas bawah, ternampak komen seorang kawan bertanyakan harga periuk enamel pada satu post jualan. Periuk ayan ni tahun lepas viral sampai Sk pun turut terjebak. Dia punya terjebak tu sampai membawa merentas negeri, hahaha. 

Eh, cerita pasal komen kawan Sk tu, kebetulan Sk memang nak jual salah sebiji dari periuk ayan Sk tu. Tahun lepas, Sk ada post pasal nak jual dan ada seorang kawan komen kata nak. Tapi, Sk anggap bukan serius buyer la.. sebab dia cuma komen nak, tapi tiada inisiatif nak pm tepi... kira krik krik jugaklah sampai sekarang, hahaha. 


Haaa.. inilah periuk enamel atau dikenali sebagai periuk ayan. Periuk ayan biru ni, saiznya 26 cm, merupakan koleksi ayan SK yang pertama dibeli di Baling, Kedah. Bila dah ada koleksi pertama, Sk pun menyimpan impian untuk ada koleksi lain dengan warna biru jugalah gitu. Tapi susah giler nak jumpa, merata Sk cari di kedai-kedai lama. Nak beli online masa tu tak join lagi kelab ayan dan tak confident nak beli di shopee. Tak banyak lagi pun masa tu orang jual ayan kat shopee.


Lama-lama orang jual ayan di shopee dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Cari punya cari, akhirnya Sk pun beli teko ayan dari seller dari negara China. Kenapa merah? Tulah yang geramnya sebab Sk order tu teko warna biru sekali yang sampai merahlah  Nasib baik dapat refund RM20. Nak padankan teko merah punya pasal, sanggup Sk tukar semua mug ikea Sk ke warna merah, hahahaha. 


Memahami minat si isteri, Pak Inche ajak ke Kelantan cari ayan. Padahal, dia yang nak jalan-jalan tu benonya.. bak kata pepatah, sambil menyelam minum ayaq, haha. Apa kesudahannya dengan periuk ayan biru??? Lepas survey dari satu kedai ke satu kedai, mak aih, mencanak harga ayan. Dapat satu kedai tu agak murah jugak la regenya tapi kebanyakan ayannya hijau, yang biru takdok.. dah semua hijau ayan Mak Inche pulak. Lepas tu terbeli mangkuk tingkat la pulak, haha. Eh, yang cawan ayan tu beli kat Baling, jugak.



Gara-gara beli ayan hijau, terus beli Sillicon Cooking Utensils hijau semua. Lepas tu susunlah kat dapur tu tak dipakai pun sebab sayang takut buruk.. huwa huwa huwa.

Periuk ayan biru tu apa jadi?? Alhamdulillah.. lepas Sk whatsapp kawan yang komen pada pos ig tu, dan berbincang, dia setuju untuk beli, hihi. Sk tolak mur mur jer, janji boleh cover sikit-sikit modal nak beli periuk baru, kahhhhh. Selamat bertemu tuan baru ya periuk ayan, kurelakan kau pergi. Ni nak cari buyer teko merah pulak, hahahaha.


Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. masuk dapur ni, nampak all pastel hijau saja.. cantik

    ReplyDelete
  2. Alaaa dah ada orang beli pulak, kalau tak boleh beli gan Kak Seri hehehe

    ReplyDelete
  3. mmg tersenyum lebar selalu isteri dpt hadiah set2 kelengkapan dapur seperti ini 😄

    ReplyDelete
  4. Jaman wak kecik2 dulu dah ada perkakas ayan ni.

    ReplyDelete
  5. comel pulak warna kehijaun tu..silicon utensils hari tu nak beli, tapi tulah, risau buat pameran je kang

    ReplyDelete
  6. Cantik la semua..SA plak giler seramik..ni tgh survey...lepas tu nak beli kuali marble or periuk marble plak..cantik la ayan biru tu..geram plak SA

    ReplyDelete
  7. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
  8. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong, bandar66, perang bacarat dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!