MACARONI GORENG PEDAS BEKALAN PAGI INI - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MACARONI GORENG PEDAS BEKALAN PAGI INI

 Assalamualaikum...

KALAU tak kerana menggoreng macaroni pagi ini, tentu punch card Sk pagi ini tak merah, haha. Terlewat dua minit gara-gara jem rabak sebaik sahaja keluar dari Plaza Tol Perling. Hairan campur pelik sebab tak pernah pulak jalanraya sesak sebegitu rupa. Memang ada sekatan jalan di hadapan sepanjang tempoh PKP ini tapi taklah teruk sangat, rupa-rupanya ada kerja menurap jalan di sepanjang jambatan Taman Perling. Sakitnya hatiiiiiiiiiii!


Penjelmaan rajin di pagi hari, hihi. 
Sebabnya pagi-pagi dah kehausan. Sk memang amalkan minum air masak sebaik sahaja bangun tidur tapi tadi pagi rasa macam nak minum jus delima yang Sk beli dari Zaituna Restaurant kelmarin. Buka peti sejuk, nampak bekas lebihan macaroni yang dah siap rebus, tengok jam, belum pukul 6 pun, jadi Sk terus tenggek kuali, ada sosej dua batang dah keras kejung terus rendam bagi lembut.

Stok cili dan bawang kisar pun ada, daun bawang pun ada, memang masak pakai campak ajelah. Tak sampai sepuluh minit, semuanya dah siap. Sebelum keluar, senduk separuh masuk tupperware, Pak Inche memang tak berapa makan la pasta-pasta ni, pesan dengan Iman, jangan sarapan lambat-lambat. Ialah, yang jenis perut lapar pagi-pagi macam bela saka ni, Sk jer, hahahaha. Saka cacing kot, huhuhuhu.

Sampai pejabat, terus sambung kerja yang tak siap semalam. Minggu yang sibuk bagi Sk sebab minggu ini berlangsung lawatan verifikasi dan peperiksaan akhir. Sebabnya, ada empat kelas yang akan menamatkan pengajian bulan ini. Maknanya, hari ni kena all-out laaaaaaa.. Sambil buat kerja, sambil suap macaroni dalam mulut, perut kenyang, kerja pun siap! Yey!


7 comments:

  1. Sedapnyaaa, rindu nak pi kerja...rindu nak bawak bekal dan makan sama- sama ngan kawan- kawan

    ReplyDelete
  2. Selamat menjamu selera sambil bekerja

    ReplyDelete
  3. Perut kenyang kerja siap itu yg penting SK :)

    ReplyDelete
  4. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

  5. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  6. Pasta memang selalu jadi penyelamat. Kadang jadi PENYELAMBAT🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  7. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih