PERTAMA KALI BELI BARANG IKEA ONLINE - Alam Sari Di Tanah Jauhar

PERTAMA KALI BELI BARANG IKEA ONLINE

 Assalamualaikum...


SAING-SAING sampainya dengan CIK PORT M kita. Pertama kali Sk buat pembelian dalam talian barangan dari Ikea. Ikea lagik?! Hihihi. Seperti biasalah, beli kerana dihasut Iman. Bertuahkan, anak yang seketul ituh. Sebenarnya, Sk buat oderan ini sebab almari yang ditunggu-tunggu itu lambat benar masuk stoknya di Ikea Tebrau. Kononnya nanti, masa ambil almari tu, boleh beli benda ni sekali.. lepas tu, Iman cakap, bonda.. lebih baik kita beli benda tu online, nanti takut-takut, bila almari sampai, benda yang bonda nak beli ni tak ada stok pulak. 

Dan, sebaik sahaja Sk selesai buat pembayaran pesan, terus keluar notification, benda ni out of stock. Oh, nasib baikkkk.. kalau tak melalak di bucu katil.. hihi.


Okey, bukanlah benda penting beno sampai nak melalak bucu katil, hahaha. Apakebendalah tu ya???
Tengoklah siapa yang tak sabar nak buka tu?
Sungguh kemas balutan tu, agak-agak apa tu? hahaha


Mug... memang kesukaan Sk beli mug ni. Mug-mug kat pejabat tu kebanyakan Sk yang bawa sebabnya mudah jemu. Tu belum campur mug-mug yang dapat free. Beli mug ni sebab Sk nak beli mug PM tapi Iman kata, mug PM tak lawo.. iyer ke tak lawo? Nanti bonda beli, Iman jugak yang dapat, kan kan kan. Mug ikea ni dia jugaklah yang pilih, dia tunjuk kat Sk terus berkenan tengok tangkai pemegang tu, hihi. (tangkai ke?)  


Upplaga kot nama dia, seperti biasa ada set dia, dari piring sampai pinggan makan, pinggan hidang, mangkuk kecik, beso, semmmmmmmmmmmmmuaaaaaaaa ado, tapi Sk ambil mug aje lah. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, tak gituuuuuu?

9 comments:

  1. Aku turut gembira, asalkan kau bahagia dengan mug mug yang comel tu...hihihiiii.

    ReplyDelete
  2. Hahahha ni gi IKEA mmg rambang mata tgk pinggan mangkuk cawan dan seangkatan dengannya heheh

    ReplyDelete
  3. huaa, pernah nak beli online brg ikea tapi shipping dia mahal gila

    ReplyDelete
  4. permainan poker yang gampang menangnya hanya di IONQQ
    ayo segera di coba permainan kami :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih