TERPAKSA PERGI IKEA

Seri Kandi Tanah Jauhar
10



 Assalamualaikum... 

BILA pelajar baru mula naik kuliah dan lagi akan menghadapi peperiksaan akhir, bererti Sk akan berdepan dengan masa-masa sibuk yang sampai rasa nak buang air pun terpaksa kutahan Jebat! 

Ikea, terpaksa pergi ke Ikea gara-gara perabot yang hendak dibeli sejak akhir Disember lepas (tak silap la sebab dah lama) baru sampai stoknya kelmarin, selepas kita berada dalam pkp. Ceritanya, masa tu kami belilah almari Ikea ni, sebab berkenan la kan. Tahulah, kan.. konsep suaipadan almari Ikea ni tapi sedihnya, salah satu unit almari yang nak disuaikan tu, telah kehabisan stok dan dijangka akan restock pada 21 Januari lepas. Jadi, bila sampai tarikh 21 Januari tu, Iman pun check la di laman web ikea, tengok stok dah masuk. Disebabkan mengambil kira tempoh pkp dan nak duduk diam-diam di rumah seperti nasihat abah kita, dan almari tu pun berat dan panjang, Sk pun mengupah seorang personal shopper ikea untuk membelikan almari itu. Almari yang sebelum ni, yang nak disuaipadan tu pun sebenarnya kami guna khidmat penghantaran ikea sebab terlalu berat sampai tak terangkat. Jadi, setelah dipersetujui dengan upah tertentu, dia pun janji nak hantar keesokannya antara jam 1 tengahari hingga 3.30 petang. Sk pun tunggu punya tunggu punya tunggu, dah lebih 3.30, Sk pun tanya, awak kat mana.. awak kat mana?

Barulah dia nak jawab yang almari tu tak ada stok... ko rasa??
Memang menyirap jugaklah sedangkan sebenarnya janji dia, nak pergi beli petang semalam tu.
Dia tanya, sama ada Sk nak hold dan dia akan belikan minggu depan atau nak batalkan pembelian.
Disebabkan sakit hatilah jugak dengan sikap dia yang tak beritahu awal barang tak ada, Sk pun batalkan dan minta refund.. dia terus caj Sk RM10, dan pulangkan duit Sk. Pulang kurang RM10 la,  Sk tak kisah pun kalau dia bagitahu awal-awal dan memang kalau dia ada pergi tengok almari tu di Ikea dan tak ada. Tapi, kenapa dah kita tunggu punya tunggu, barulah dia nak beritahu yang barang tak ada. 

Ya, memang betul, sebelum Sk upah dia, dalam web ikea, almari tu ada stok. Esoknya lepas diberitahu barang tak ada tu, kami check semula web, memang tak ada stok. Hurmmm... jadi mungkinlah memang dia ada pergi Ikea kan, tu tak pa la.. soalnya, kenapa bila Sk tanya dia kat mana, baru nak jawab??


Jadi, bila dapat notifcation almari dah restock, Sk nekad la pergi sendiri. Iman pun dah stress melampau nampaknya, serabut betul tengok muka dia, hahaha. Doa banyak-banyak, kami pergi dengan niat suci ni bukan sengaja nak berpoya-poya. Memang tak lalulah bahagian pameran, bahagian perabot semua, terus masuk kat tingkat bawah  yang terus jumpa troli dan pinggan putih-putih tu, haha. Adeh, kalau dah jumpa pinggan......... sila sambung sendiri 😋

Zup zap zup zap, terus pergi ke bahagian stor dan penyimpanan, terus ambil bahagian-bahagian almari yang nak dibeli tu, hahaha. Aduiiii.. punyalah berat dan panjang. Dahlah berdua aje dengan Iman. Selalunya, kalau bertiga beranak, Sk memang biar jer anak bapak ni yang ambil barang, ni terpaksalah tolong angkat sekali. Terus rasa berdebar-debar nak bayar, ialah, selalu tolong tengok ajekan, rasakan.. sendiri nak punggah, sendiri nak bayar, huwa huwa huwa. Tu belum part kena ambil kereta dan angkat barang masuk kereta. Rupa-rupanya, seat depan tu tak boleh tunduk sampai bawah sebab terhalang dengan seat belt. Tapi, usaha tangga kejayaan, darah Tun Tijah la katakan, hahaha. nasib ada anak gagah, tulang besi urat dawai 💪💪💪💪💪


Iman minta Ayam Kyechon (betul ke eja?) tapi taknaklah Sk. Dahlah ayam cenonet, mahai nak meninggal pulak tu. Kalau mahal tapi kenyang tak apolah, kan. Jadi, Sk cakap kita beli makan kat cafe ikea je. Ni pun lepas selesai angkut semua barang masuk kereta, park semula kereta, baru masuk balik ikea dan terus ke cafe. Beli meatball doploh bijik sebab Sk suka sangat bendera Ikea tu, padahal kuat makan 😛 benonya. Iman nak lasagna, nak ayam, nak egg tart.. hamboiii.. bukan saja buat kerja jer gagah, kan.. makan pun gagah jugak, hahaha. Dan tak sahlah kalau ke ikea tak beli epok-epok Ikea, kannnnn... kegemoran Mak Inche tuuuuuu!!!




Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hahah suka gi ikea tapi penat nya nak round satu IKEA haha...
    Suka karipap ikea... puas makan :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Pernah dengar nama ayam tu tapi dieja koychon. Entah mana satu betul.

    ReplyDelete
  4. kita sampai lupa nak tapau meatball..aduiii..macam nak kena pegi lagi je ni..wishlist tak habis lagi ni..kah-kah

    ReplyDelete
  5. Kalau SK menyabou sikit pergi IKEA hari ni dapatlah dine in... Hihihi

    ReplyDelete
  6. Tiberr teringin nak karipap IKEA laaa pulakk..
    Jomm Kak hahahaha

    ReplyDelete
  7. aduhhhh. me and ikea pun still tak haabis shopping lagi..tggu habis pkp baru nak pergi sambung shopping sana

    ReplyDelete
  8. berbagai bonus besar menanti di IONQQ
    ayo di tunggu apa lagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!