KITA JAGA PELAJAR - Alam Sari Di Tanah Jauhar

KITA JAGA PELAJAR

 Assalamualaikum... 

SELEPAS beberapa kali pelajar asyik keluar masuk kolej.. sebab berlaku beberapa perubahan semasa PKP.. sekejap PKPP, sekejap zon merah, sekejap lagi kena PKPB, lepas tu sekarang PKP, akhirnya selepas mendapat kebenaran pihak atasan, pelajar yang terlibat dengan peperiksaan akhir pada akhir Februari ini dipanggil pulang ke kolej.

Kali ini, semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama dan langsung tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga masing-masing sehingga tamat peperiksaan nanti. Makan minum semua akan ditapau dan diberi terus kepada pelajar, no food fanda ke grab food ke, mak masak sedap nak hantar ke anak ke.. terpaksa bertegas kerana berhampiran kawasan kolej sahaja ada kluster. Kerana terpaksa buat semua ni.. Allahu... maafkan kami anak-anak.. ini semua untuk kebaikan dan masa depan kamu semua jugak.


Pihak kolej menyediakan face shield untuk dipakai semasa sesi kuliah. Staf pentadbiran dan kemahiran jugak kena pakai sebab ada masanya berurusan dengan pelajar dan orang luar yang datang ke kolej. Amalkan SOP, kita jaga kita. Selagi belum diuji hanya doa yang sentiasa dipohon agar semua dalam keadaan selamat... segalanya InsyaAllah.


7 comments:

  1. Pihak kolej sudah cuba berusaha untuk yang terbaik. Harap mak bapa dan pelajar terimalah dengan sabar.

    ReplyDelete

  2. berbagai bonus besar menanti di IONQQ
    ayo di tunggu apa lagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  3. selamat bertugas menjaga pelajar...

    ReplyDelete
  4. Haritu pi pasaraya kita pakai kak facelift ni, adeiii sesak gak nafas.. bercakap pun macam mengaum gitu hahahaha..

    ReplyDelete
  5. Uish.. Tengok SK dah macam doketot(doctor)dah..Selamat bertugas SK. Semoga dipermudah urusan

    ReplyDelete
  6. Selamat bertugas dalam menjaga pelajar #kitajagakita :)

    ReplyDelete
  7. take care d an selamat bertugas )

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih