SEDAPNYA SIAKAP MASAK ASAM PEDAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

DENGAN berakhirnya kertas peperiksaan Iman hari ini, maka bererti tamatlah pengajian Iman untuk semester ketiga yang bermula sejak Ogos tahun lepas. Hikmah semasa pandemik, dalam pada kesukaran mengikuti kuliah secara dalam talian, anak yang seketul ini berada di depan mata. Pendek kata, kos makan minum dan tempat tinggal sepanjang semester lepas banyak dapat dijimatkan. Kalau ikut perancangan, Iman sepatutnya menyewa rumah bersama kawan-kawan di Ipoh kerana cuma pelajar semester 1 dan 2 sahaja yang akan tinggal di dalam kamsis. 

Janjinya lepas habis periksa tadi, nak ke kedai eco atau mr diy. Ke mana pun tak kisah katanya selepas berminggu tidak ke mana-mana. Kalau ada pun keluar, cuma duduk dalam kereta. Lepas tu, tanya Sk, tengahari ni nak makan apa? Hurmmm.. dalam hati, takkan nak menapau lagi. Rasa macam jemu jugak kalau asyik membeli. Teringat ada ikan siakap seekor, sedap jugak kalau diasam pedaskan, duit pun duduk diam-diam jer dalam dompet. Jadi, sebelum keluar, lebih baik makan di rumah dulu.. hurmmm.. ni pun macam malas nak keluar sebenarnya. Kalau keluar nanti, duit akuuuu jugak yang terbang 😭😭😭


Siakap ni asalnya dibeli untuk masak stim. Masa beli tu, siap suruh potong butterfly tapi mungkin tak biasa kot, orang yang siang ni salah potong. Itupun dah balik rumah, barulah Sk perasan ianya dipotong terbalik. Patutnya yang dibelah bahagian bawah, tapi dibelahnya bahagian atas. Jadi, masa nak masak tadi, Sk belah dua teruslah. Dalam mangkuk tu sebelah bahagian siakap aje, lagi sebelah dalam kuali, untuk diulang malam nanti, hihi. 

Jadi, makanlah berdua beranak siakap nan sebelah. Potong dua, Sk ambil kepala, Iman ambil ekor. Iman tu nampak aje beso, tapi kalau makan lauk, tak reti meratah. Kalau sikit-sikit boleh, kalau banyak, tekak dia kembang, haha. Udang ke, sotong ke, memang dia akan gigit sikit-sikit dan campur dengan nasi sebelum suap ke mulut. Tu sebablah kadang kalau masak lauk, dua tiga kali makan baru habis. Kadang dah kurangkan kuantiti pun samo jugak. Feninnnnn 😂

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. siakap goreng cicah cili kivap pun sodap ni nyummm...

    ReplyDelete
  2. Dah malam ni. Siakap yang sebelah lagi dalam kuali tu dah habis makan ke?

    ReplyDelete
  3. Tahniah Iman!
    Berjaya habiskan sem 3.semoga Allah mudahkan urusan & dapat kejayaan cwmerlang. Tiba2 rasa nak makan asam pedas la pulak.. Ish

    ReplyDelete
  4. pernah masak siakap asam pedas tapi SA potong 3 seekeor tu...hehehe...

    ReplyDelete
  5. dapatkan jackpot yang besar hanya di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  6. Tengok je dah sedap..apa je laa masakan asam opedas , semua sedap kan..
    Eh lawak plak emoji si Miao Sai atas ni... hahahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!