MAKAN MEE DI JOHNNY'S

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum... 

CERITA Jumaat lepas, sebelum buat Bakar-Bakar Di Hari Jadi, Sk dan Iman ke AEON Taman Universiti. Tujuannya untuk membeli kek hari jadi, salad dan ada beberapa perkakas barbeque yang belum lengkap. Mujur hari itu Iman tak ada kuliah di sebelah petang, kalau tidak, terpaksalah Sk pergi seorang, huhuhu. Jumaat siang, memang malas nak memasak, la kan. Jadi, Sk ajak Iman makan di Johnny's Restorant sajo. Masuk jer aeon, isi perut dulu la, baru otak boleh berfikir barang apa nak cari, hahaha.


Disebabkan tak ada sesi mengopi hari tu, Sk pilih kopi panas di Johnny's. Padahal, pagi tu dah pun mengopi di rumah. Sk pilih Boat noodle, apakah nama penuh menu ni, lupa pulak. Iman nak makan bihun tomyam.


Iman tanya, kenapa bonda letak bawang putih banyak-banyak? La... bawang putih ke? Bonda ingatkan, kacang tanah, hahaha. Patutlah ada minyak dalam tu, pelik jugak. Ini pertama kali Sk order boat noodle di Johnny's ni, hehe. Tapi, nasib baik SK suka jer bawang putih goreng.


Sedap mee nya. Tulah ingatnya semalam nak repeat tapi penuh pulak dalam Johnny's tu. Pak Inche sebenarnya kalau nak, boleh jer dia beratur menunggu. Tapi dah dalam kepala dia memang nak makan Nasi Daun Pisang, kan.. tapi bagus jugak, kenyang sampai malam, syukurrrr Alhamdulillah.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. berapa kali dah nak masuk Johhnys ni, tapi masih tak berkesempatan

    ReplyDelete
  2. Pilihan yang tepat! Makan dulu baru shopping... orang kata jangan shopping time perut lapar!

    ReplyDelete
  3. IONQQ menyediakan pelayanan terbaik dan bisa di percaya
    ayo segera bergabung bersama kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!