17 PUASA BERBUKA KARI IKAN TENGGIRI

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum wbt


HARI ini Sk dan Iman berbuka di Senai, manakala Pak Inche ada majlis berbuka puasa bersama Johor Corporation (JCorp) di Amari Hotel. Sejak minggu lepas, dah berjanji dengan ibu, ibu pulak teruja nak masak Kari Ikan Tenggiri bila semua anak-anak berkumpul. 

Ada kari ikan, haruslah ada sambal belacan, barulah ngam. Angah pulak beli Burasak dan Lepat Loi tapi tak ada asam pedaslah pulak nak layan. Sk singgah pasar ramadhan beli Kuih Cara Manis, Cara Berlauk, Murtabak dan Rojak Asma.


Iskandar Investment Berhad pulak bagi Nasi Arab untuk juadah berbuka puasa. Bawa sekali la ke rumah Senai, jamah-jamah gitu.


Dua bingkisan yang diambil dari pejabat Pak Inche. Dia kan nak pergi buka puasa dengan Jcorp. Nanti basi pulak nasi arab kalau nak tunggu malam. Kotak hijau tu dari Eco Group, tiap perayaan memang dia akan bagi snack dari Signature Market berserta sampul duit raya yang anggun dengan tema hijau. Tiap tahun mesti hijau sesuai dengan namanya, Eco. Bukan kedai eco tau 😆 tapi Eco Group. 


Nasi Arab Daging yang ditempah IIB dari Ramada Hotel. Tahun lepas mereka tempah dari Jen Hotel yang diisi dalam tiffin. Haaa.. tu masakan kampung, memang seronok sangat la dapat makanan dalam mangkuk tingkat macam tu. Apapun.. Alhamdulillah, syukur selalu.


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sedap semuanya tu SK..
      Kari tenggiri tu mengancam, nasi arab pula menggoda ahaks!

      Delete
  2. Menarik plak nasi arab tu, nampak basah-basah tak kering... pakkal jauhh, kalau dekat berkena gak dalam tepen tu... kita malam ni buka di Amari...

    ReplyDelete
  3. first time tgk nasi arab basah...macam nasi baryani.
    selalunya nampak kering je nasi arab sbb tu ammi tak suka nau nasi arab

    ReplyDelete
  4. Thank you for giving such an abundance of data in your blog. Visiting your blog helped me in finding what I was searching for.
    cavity vs stain, dental tools kit

    ReplyDelete
  5. Kat rumah SA dah pernah buat kari ikan tenggiri, kari limpa..so takde rasa nak makan kari dah..cukup la tu..lagipun perut Pak Zain tu x tahan

    ReplyDelete
  6. Betul tu, kari memang ngam kalau jumpa sambal belacan. Tambah naik aroma kalau ada timun...pergghhh!

    ReplyDelete
  7. Meriah juadah bila berbuka ramai ramai. Rezeki dapat nasi arab. Seronok kan kalau dapat makanan dengan tiffin sekali. Boleh guna dimasa akan datang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!