PANI PURI TIGA PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum wbt

3 PUASA sudah. Hari ni cuma masak nasi, panaskan baki Kari Ayam dan Sambal Sotong yang tinggal sedikit. Sk tambah telur rebus tiga biji. Pak Inche macam biasa, singgah pasar ramadhan. Nampaknya, dah berhemah sikit belanjanya, cuma beli sejenis lauk iaitu Paru Sambal. Ada kuih dua jenis, salah satunya hijau, mungkin Seri Muka dan Cucur Udang satu pek. Syukur, semunya dah wassalam.. tak membazir.


Dah lama nampak Pani Puri ni viral di media sosial. Walaupun ramai yang memuji keenakan 'Indian Street Food' ini, namun Sk belum ada keberanian untuk mencuba. Pengalaman 8 tahun berkhidmat dengan syarikat yang dimiliki bos berbangsa India banyak mendedahkan Sk dengan makanan tradisi mereka namun dessert mereka tidak pula Sk gemari.


Bila seorang ahli whatsapp group 'Goshop Pejabat' open order Pani Puri atau Golgappa ni, Sk fikir, inilah kesempatan untuk mencuba. Tempahan terhad untuk 20 kotak sahaja. Sekotak RM15 mengandungi 10 ketul Pani Puri bersama aksesorinya.


10 ketul mini puri yang telah siap digoreng. Rupanya ada dijual dalam bentuk mentah di shopee, tinggal goreng sahaja macam keropok. Nanti dia jadi bulat kembung macam bola. Konsepnya macam roti puri jugaklah, cuma yang ni, saiz mulut sahaja, teksturnya rapuh dan rangup tapi tak pula mudah pecah.


Bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam puri. Maaflah, Sk tak pasti adakah yang bulat-bulat tu dipanggil Pani Puri atau Puri sahaja. Bila dah masukkan inti, baru dinamakan Pani Puri. Tak sempat nak buat ulangkaji, hihi.

Aksesori Pani Puri yang datang bersama adalah kentang lecek yang dimasak seakan kentang masala, chutney water, yogurt atau tairu dan bondi. Bondi tu macam keropok dan muruku halus. Ada juga hirisan bawang dan cili padi dalam bekas berasingan. 

Kalau tengok fyp di tik tok, bawang dan cili padi tu digaul mesra bersama kentang masala, tapi yang ni diasingkan supaya tahan lama dan tidak mudah basi.


Cara menikmati Pani Puri :

1. Pecahkan bahagian atas puri dengan ibu jari untuk membentuk lubang.

2. Masukkan kentang masala, hirisan bawang dan cili.

3. Tuangkan chutney water.

4. Masukkan yogurt.

5. Letakkan bondi sebagai topping.


Pani Puri pertama, tunggu Iman suap ke mulut. Tunggu reaksi Iman, boleh telan ke tak? Kurang ashem punya emak, jadikan anak korban Pani Puri demi tekak sendiri.. hahaha. Tengok Iman suap,  saspens gitu, siap pejam mata sebab takut tak sedap. Air tembikai dah 'standby' kat depan hidung, heheheh.
Bila tengok Iman angguk-angguk, terus ambil satu masuk mulut. 


Tak sangka sedap.. hahaha. Bayangkan tekstur puri yang rapuh dengan inti kentang masala, bawang dan cili, yogurt serta chutney water tu bergabung menjadi satu rasa yang sangat enak membuat kita nak suap lagi, lagi dan lagi.


Sedar tak sedar.. pecah sebiji demi sebiji, sumbat kentang semua, wassalam sepuluh biji Pani Puri, hahaha. Tu makan dua beranak jer dengan Iman. Tak menyesallah beli Pani Puri ni. Kalau manis-manis takut tak tertelan. Rasa rempah pun tak terlalu kuat, mungkin sudah disesuaikan bahannya mengikut citarasa tekak orang melayu. 

Hurmmm.. nak tunggu la dorang 'open order' lagi, hihi.











 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ammi yang anak India ni pun tak pernah makan pani puri ni lagi..

    ReplyDelete
  2. Selalu tengok dalam vlog Dale Phillip.. nampak sedap tapi dalam video tu tunjuk selam sampai siku pani puri tu dalam kuah dia. Yang Pakistan punya nampak bersih.

    ReplyDelete
  3. Hahahaa... Imaaannnn! Kenapalah buat lagu tu.
    Selalu nampak pani puri, tengok macam sedap jew orang makan. Jadi memang sedaplah SK ye.
    Nanti nak try.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!