SOTONG PAPRIK SOS LABU BERBUKA 11 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt

SUATU masa dulu, Khamis hari yang paling sempoi. Buat kerja pun lek-lek jer katanya. Tapi, sejak lepas PKP ni, Khamis jadi hari yang paling sibuk. Nasiblah bulan puasa ni tak payah makan tengahari. Kalau tak lagi kelam kabut nak makan, hihi.

Ingat makannnnn jer ko SK ek
😜

Di saat akhir buat keputusan, lauk berbuka semalam, 11 Ramadhan 1443H, Sotong Paprik. Dah jemu makan sambal dan kari. Iman mintak buat goreng tepung, tak kuasa bonda nakkk, nampak macam senang, tapi lambat dan berkecah dapur. Tapi, ni dia jugaklah punya idea. Dia tanya, cukup bahan tak? Kalau tak cukup pun, kena masak jugakkan? Hihi. Terlintas idea nak masukkan sos labu dalam masakan paprik ni. Selalu sos labu ni Sk guna untuk masak DAGING MERAH. Tak sangka hasilnya mannnnntullll! (baca : mantap betul)

Sotong Paprik Sos Labu

2 tsb minyak masak
4 ekor sotong, potong-potong
3 ulas bawang putih dipecahkan
1 labu bawang besar potong baji
3 hiris halia
1 tomato belah 6
3 tsb pes cili dan bawang kisar
2 tsb sos tiram
2 tsb sos tomato
1 tsb sos ikan
2 tsb sos labu
3 - 4 helai daun limau purut dicarik
Garam secukup masin
2 tsb gula pasir

Cara memasak :

1.  Tuang sos labu pada sotong, perap sebentar.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih. Masukkan pes cili dan bawang, tumis hingga terbit minyak.

3. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos ikan, kacau sebati.

4. Masukkan sotong, bawang besar, tomato dan daun limau purut.

5. Masukkan garam dan gula.

6. Jika suka pedas, masukkan cili padi. Sk tak ada stok cili padi. Ada cili padi merah pedas berdesing tu jer, tak sanggup nak masukkan, hehehe.

Pak Inche beli Sup Kambing.


Makan dengan roti.


Tak sesuai digabungkan, kena makan asing-asing, hehehe.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Belum jumpa lagi sos labu tu.. malas betul nak ke pasar besar.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Sedap plak tengok sotong tu..sotong ni fav Dania...especially goreng tepung...laju la dia tambah nasi

    ReplyDelete
  3. Warna paprik ni memikat hati betullah SK...
    Sos labu? First time dengar ni ☺️

    ReplyDelete
  4. sos labu ni yang buat masak mihun pink tu kan...

    ReplyDelete
  5. Sotong paprik sodap! Ubah selera pulak kan. Sotong celup tepung tu nampak mudah tapi itulah, berkecah tu malas jugak. Tapi kena makan panas panas baru sedap.

    ReplyDelete
  6. eee sedapnyaaa sotong paprik! teringat sotong paprik dekat amansari...huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!