Assalamualaikum wbt
CUTI Perayaan Deepavali yang lepas, jadual perlawanan hoki Piala Sultan Ibrahim direhatkan. Tak silap, pagi tu sarapan roti aje memasing. Rancangnya hari tu nak makan tengahari di luar aje. Tu pun tak tahu lagi nak makan di mana. Sk nak beli pelembab muka di Watsons, jadi, kami menuju ke Midvalley Southkey. Dalam perjalanan, Pak Inche kata, jom kita makan Mee Kolok kat Eleven Kitchen. Jom!
Banyak kali nak datang sini, tapi tutup. Masa Iman buka akaun CIMB tu pun, kami ada kat sini, tapi tutup. Ni pun ghisau tutup jugak tapi, Alhamdulillah, buka pulak kafenya walaupun hari cuti am. Kadang-kadang, dorang pun nak bercuti jugakkan.
Kalau ke sini, Iman mesti nak makan Nasi Goreng Daging. Sedap sangat nasi gorengnya, ada rasa lada hitam dan daging panggang. Nasi penuh sepinggan, boleh kongsi jika anda jenis yang tak makan banyak.
Mee Kolok Daging. Dagingnya dihiris nipis, diperap dengan sos khas dan dipanggang. Empuk sungguh dagingnya bila dikunyah. Lebih sedap bila dicicah dalam sos cili padi tu. Sup datang berasingan, sama ada anda nak makan berkuah atau tidak, atau hirup sup kosong begitu saja.
Mintak anak suap Nasi Goreng Daging. Bagi mereka yang tak makan daging, boleh pilih ayam. Selain tu, banyak jugak menu lain yang ditawarkan di sini dan kebanyakannya masakan ala cina. Boleh tengok gambar menu yang Sk kongskan di atas. Masa Pak Inche nak bayar, dah hulur duit dah pada cashier, tiba dengar bos jerit, TAK PAYAH! Eh, tiber bos nak belanja.. malu pulak Sk. Dah masuk kereta, baru tahu, yang belanjanya, kawan Pak Inche yang kebetulan memang ada masa kami sampai kafe tu. Syukurrrr Alhamdulillah. Semoga diluaskan lagi rezeki beliau dan diberi keafiaatan oleh Allah swt, insyaAllah, Amiiinnn Ya Robbal Alaminnnn.
Kafe Eleven Kitchen
Jalan Kebun Teh, Larkin,
80350 Johor Bahru, Johor
Waktu perniaagan : Setiap hari kecuali Jumaat
11 pagi hingga 6 petang
No Telefon : 013-888 2008
Ok ok kita ingt elevsn kitchen tu eleven cafe 7-e yg baru heheh
ReplyDeleteMenarik dia punya nasi goreng daging tu dengan rasa blackpepper dan daging panggang. Mi kolok pun nampak sedap.
ReplyDeleteTengok nasi gorwng daging ingatkan masi goreng buah dabaiðŸ¤
ReplyDeleteMakan bersuap tu..manja betoi anak babah nan sorang yer...hihihi
sedap2nya..kena JJCM kat JB ni...anak angkat vs bapa angkat, saingan yang sihat...
ReplyDeletewahh ada erk mee kolok kat jb tu, biasa dulu wak gi jln kebun teh nk mkn nasi briyani tp mcm dh tutup je.. huhuhu
ReplyDeleteSampai bersuap! Ololololo....
ReplyDeleteTerasa-rasa sedapnya mee kolok daging yang SK cerita tu. Kalau dagingnya lembu, semua jadi sedap/
ReplyDeletetypo lembu - lembut
Deletenampak sedap... ammi suka mee kolok, laksa sarawak (satu2nya laksa yg ammi makan)
ReplyDeleteMati2 ingat 7 eleven punya project baru..eh...bukan...alhamdulillah murah rezeki yang belanja tu
ReplyDelete