Assalamualaikum wbt
BEBERAPA minggu lepas, kawan pejabat Pak Inche terbang ke Negeri Di Bawah Bayu. Bukan di sanun, tapi rasanya ke Kota Kinabalu. Akma namanya. Oh, nak cerita sikit pasal Akma ni, dia ni adik kepada kawan sekolah Sk sebenarnya. Boleh pulaklah satu pejabat pulak dengan Pak Inche. Jadi, sebagai ole-ole dari Sabah, dapatlah Pak Inche ikan bilis sebungkus. Tak pastilah pulak berapa ekor berat ikan bilis tu, saiz bungkusan lebih kurang separuh kertas A4.
Sk simpanlah dalam kabinet dengan bungkus-bungkusnya. Hari sabtu, keluarkan dari plastik, masuk dalam bekas. Tengok ikan bilisnya, tebal-tebal, dah siap kopek. Ops, kopek ikan bilis tu, maksudnya, dah siap dibelah atau disiang ya. Terfikir, sedap ni kalau buat sambal tumis. Seingat Sk, belum pernah lagi la Sk masak Sambal Tumis Ikan Bilis. Sk pernah cerita, ikan bilis cuma digoreng untuk dimakan dengan nasi lemak dan adalah buat rencah kaddang-kaddang. Jadi, petang tu, Sk pun memulakan projek Sambal Tumis Ikan Bilis, konon lepas tu, nak melempeng sekali.
Ah, tak sempat nak melempeng, separuh sambal habis, bedal dengan nasi lebih makan tengahari yang lauk
Kari Daging tu, hahaha. Punyalah sedap, ya ampunnn... sampai sebak dada, terharu sangat, tak sangka aku pandai masak Sambal Bilis.. sob sob sob. Malam, mengulang lagi tapi kali ni makan dengan roti. Tips ibu Sk, jika masak sambal tumis bilis, bawangnya dipotong baji. Kalau masak sambal tumis udang, bawangnya dipotong bulat.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan-bahan :
1 mangkuk ikan bilis, cuci dan rendam hingga lembut, kemudian bilas dan toskan
1 biji bawang besar dipotong baji (menegak)
Minyak secukupnya untuk menumis
1/2 sudu pes asam jawa
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
Sedikit ajinomoto
Cara Memasak :
2. Bila cili cukup masak, masukkan pes asam jawa, kacau sekejap.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan bawang besar, masak sehingga bawang layu.
4. Bila bawang layu, baru masukkan garam secukup rasa. Sebelum letak garam, rasa dulu sambalnya sebab ikan bilis ni kadang ada yang terlalu masin. Akhir sekali masukkan gula (jika suka), biar merenih sebentar, baru matikan api.
Saya kureng sket smbal ikan bilis basah2 camni.. X tau ar cam rs geli sket nk gigit ikan bilis lembik2 hahaha... Suka yg dah goreng garing2 pastu campur sambal
ReplyDeleteHaaa.. nanti nak buat versi goreng pulak.
Deletelawan dengan lontong pun padu ni SK
ReplyDeleteHaaaa.. kan. Mahu bertambah2 nanti.
DeleteIkan bilis sedap, auto sedap terus sambal tumis akak. Dah pandai masak, haruslah sedap kan. Saya suka ikan bilis goreng garing baru campur :) Ada sambal tumis, boleh melempen menjemput bagai. Serbaguna gitu.
ReplyDeleteNampak sedap sambal SK..
ReplyDeletebawang tu kalau mak saya pun ada jenis potongan ikut masakan..Saya main belasah jaðŸ¤