Assalamualaikum WBT
SELALU nampak Mama Yan sekeluarga makan di Restoran Kemangi, Jalan Pontian. Lepas MY cerita tentang keenakan Daging Selasih yang beliau makan di sana, terus pasang cita-cita nak ajak Pak Inche makan di Restoran Kemangi ni. Nampak tak, pasal makan pun ada cita-cita, bukan kerjaya aje, hahahaha.
Ini pertama kali Sk makan masakan Daging Selasih. Sk dapati rasanya seakan masakan Thai iaitu Daging Kaprau. Dagingnya dihiris tidak terlalu nipis dan lembut dikunyah. Seperti nama menunya, daun selasih antara bahan utama dalam masakan ini. Memang tidak mengecewakan malah Sk setuju dengan MY, Daging Selasih ni sedap masakannya, memang disyorkan kepada pelanggan yang ingin mencari kelainan masakan.
Ada beberapa nama menu yang agak unik dan terasa ingin dicuba di lain kali iaitu masakan korek-korek seperti Ayam Korek-Korek, Daging Korek-Korek, Udang Korek-Korek dan Sotong Korek-Korek. Apa yang korek-korek tu? Tanya Sk pada staf restoran. Korek-korek tu macam goreng kunyit tapi basah-basah, itu jawapannya. Nanti lain kali kita cuba ya atau mungkin MY boleh cuba juga, kemudian review di blog beliau, hihi.
Pilihan Iman, Kuey Teow Tomyam. Sup tomyam agak masam dan mungkin jika ditambah gula sedikit, akan seimbang rasa masam tu. Iman kata, kuey teownya banyak betul semangkuk tu, macam nak bagi makan dua orang sehingga Iman terpaksa mengalah.
Pak Inche minta Mee Bandung Daging tapi dapat Mee Bandung Udang. Sebenarnya, masa buat pesanan staf beritahu, daging isinya. Mujur la mood Pak Inche agak baik jugak, pasrah aje terima isi udang. Bagi Sk, rasa kuah mee biasa-biasa aje, tapi tengok licin jugak Pak Inche makan, dia kan peminat segala jenis mee yang berkuah.
Selain tu, tapau Udang Tiga Rasa dan Nasi Putih serta Kuey Teow Kungfu. Dengan dua minuman dan jelly, jumlahnya cuma RM64. Terkejut kita sebab murah sangat, eh.. dahlah porsi besar, murah pulak tu dan tiada sebarang cukai dikenakan. Servis pun pantas!
Rambang mata tengok pelbagai makanan dan jajan yang diletakkan vendor di restoran ini. Lepas makan terus rasa nak shopping pulak, hahahaha.
Kuey Teow Kungfu ni untuk Cikwa. Tapi Cikwa kata, kuey teow sikit sangat.. pulak! 🤔
Sebenarnya, sejak minggu lepas ibu berada di rumah Sk dan sambut Aidiladha di sini. Ibu tak nak ikut keluar, alasannya macam-macam la.. sakit kaki la.. nanti susah kalau nak buang air la.. jadi tapaukan ibu Udang Tiga Rasa dengan nasi putih. Sedap la jugak lauk ibu ni, udang pun sampai 6 ekor tu. Memang berbaloi la makan kat sini! Nanti boleh datang lagi makan lauk korek-korek pulak, hahahahah.
Masa ikut suami outstation ke Pontian dulu, perasan juga Restoran ni tapi kami tak pernah makan di sini. Kalau tak silap ada jual burasak dgn rendang jugakan SK? Ke restoran lain? Ingat² lupa dah :D
ReplyDeleteKalau yg jual burasak & rendang tu, rasanya Restoran Selera Tradisi, PH. Restoran tu jual juadaha hr raya.
DeleteGitu cerita korek-koreknya.
ReplyDeleteTak apa, kita tunggu SK share makan korek-korek pulak.
Rasanya lagi 2 mggu sy dtg makan korek² pulak, hihi.
Deletedaging selasih tu memang nampak sedap !!
ReplyDeleteSedap masakannya dan empuk dagingnya.
DeleteSeronok tu stay at home, boleh layan movie, hihi
ReplyDelete