Assalamualaikum WBT
SUDAH hampir dua minggu Sk bertugas di pejabat yang baharu. Naza kata, Sk naik pangkat. Naik apanya.. gaji pun tak naik!! 🤣. Kalau naik gaji iyolah naik pangkat. Tapi, Sk dah ada pembantu yang boleh diarah-arah 🤣. Tapi tu la.. punyalah degil.. dah dapat arahan pindah dari awal tahun, tapi, dah masuk lebih pertengahan tahun baru duduk betul-betul kat sini 😆.
Jadi, dua minggu ni agak sibuk sikitlah. Nak nak pulak, minggu ini merupakan minggu peperiksaan. Ada beberapa kumpulan yang menamatkan pengajian, ada yang bercuti dan ada yang akan meninggalkan kolej untuk ke Latihan Industri. Jadi, banyak perkara nak diuruskan dan disemak. Semak kepala jadinya, asyik berpusing-pusing memikirkan hal pelajar kolej 🥹.
Jadi pagi ni, kita tayang satu gambar ajelah! Bila cuma ada satu gambar, tak payah nak buat caption (penerangan gambar) banyak-banyak 😆.
Buat lempeng petang Sabtu lepas, hari penentuan Kejuaraan Piala FA. Sambal Tumis Bilis Petai tu yang tak habis makan kat
Rumah Makan Uwan Bongek. Lempeng kali ni, Sk guna tepung gandum jenama Lotus yang dibeli dari pasaraya Lotus, dulu dikenali sebagai Tesco. Pertama kali guna jenama Lotus, jadi, tak mahu bubuh air banyak sangat, nanti jadi lembik dan tak kenyal. Sk ikut nisbah 1:1. Secawan tepung, secawan air, sebiji telur, sesudu kecil garam, bancuh kemudian perap setengah jam, baru dilenggang atas kuali non stick, dapat 7 keping. Memang sedang elok la kejadian lempengnya. Makan sorang-sorang sampai habis, senang kemas, hahahaha.
Sambal tu, tak panaskan pun. Letak aje atas stove tu, sambil masak lempeng, cair la sambalnya 😋😋😋.
lama tk mkn lempeng cicah sambal bilis..yummyyy
ReplyDeleteOkey weekend ni nak request lempeng Pak Zain buat..hehehe....jeles tgok..
ReplyDeleteDah lama tak melempeng. Nampak sedap pulak lempeng dan sambal bilis bonda tuuu.
ReplyDeleteFuh mengancam
ReplyDeleteAda lagi sambal petai dalam peti sejuk, boleh la buat lempeng cicah sambal petai hehe
ReplyDeleteciknur suka lempeng cicah susu pekat he hee sekali sekala
ReplyDeleteaduh sedapnya, rasa lama tak makan lempeng ni
ReplyDeletepakar lempeng ni bila masak lempeng mmg menggiurkan.. cantik kejadian lempeng kitak kak
ReplyDeleteBaru tengah berangan macam nak sahur lempeng jer esok.. sebab ada lebihan sambal tumis telur tadi petang.. inshaalah kalu rajin sedar hahahaa
ReplyDeleteWah...
ReplyDeleteTahniah naik pangkat....bila nak open table🤣
ammi first time buat lempengkan pakai non-stick pan...akak ipar ammi terus macam.."ok fail sbb tak aci pakai nonstick pan". kena pakai kuali legend baru ngam. hahaha
ReplyDeleteWah, banyak mambang boleh diarah-arah ye SK.
ReplyDeleteAri tu saya pun buat lempeng waktu malam. Tak banyak. Kita makan separuh, separuh lagi tinggalkan untuk Encik Suami. sebab dia pi kampung. Esok pagi, kita tengok rupanya dia tak makan. Kalau tahu kita habiskan semua lempeng tu.