MAKAN DI RESTORAN SENOKO

Seri Kandi Tanah Jauhar
22

 Assalamualaikum WBT


SEMALAM, Sk ajak Pak Inche beli barang dapur, sebenarnya bukan barang dapur sangat, tapi niat asalnya nak beli pewangi pakaian. Tapi, tahulah kalau dah tolak troli tu 😂. Terkejut tengok harga barang-barang terkini, boleh dikatakan semuanya naik harga dan bukan sikit-sikit naiknya. Hari tu borak-borak dengan kawan Pak Inche yang meniaga, dia beritahu, dulu harga sekotak halia, RM30. Sekarang RM120 sekotak. Bukan koman-koman eh dia punya naik. 


Lepas beli barang, perut pun mula la berbunyi minta diisi. Kami dah lama tak ke Restoran Senoko. Sejak dah jumpa tempat lain yang sedap, kan. Dah terlanjur kat bandar tu, ke Stulang Laut aje yang senang nak makan. Kami tak pesan lauk banyak sebab makan berdua aje. Cuma Udang Sambal, Baby Kailan, Telur Dadar, Sup Tulang dan Ikan Siakap Tiga Rasa.


Sup Tulang saiz seorang makan. Daging dia lerai dari tulang dan empuk dikunyah. Sup sedap cuma kurang masam.


Udang Sambal
Udang dah dibelah kulit senang nak kopek. Kulit udang jenis lembut dan lekat sikit.


Ikan siakap dah dikelar-kelar sebelum goreng, senang nak ambil isinya. Cuma sosnya tak kick sangat, masam dari sos tomato.


Sebelum makan, Pak Inche kata, nak tapau KFC untuk dinner sebab ada live bola kat tv. Lepas makan dua-dua dah kekenyangan, mana nak sumbatnya KFC, malam makan roti aje la Pak Inche nya, Sk tak apa, layan k-drama aje pun kenyangggg.. hahahahaha.

Oh, total damage RM86. Macam ada naik sikit la rege sebab biasa makan kalau ada Iman, ada air tembikai, ada sotong goreng tepung dan tomyam, dalam RM100. Betullah, hidup ini keras!!!

Post a Comment

22Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. apa aja yg tak mahal sekarang ni?
    tp menu yg SK makan tu RM86 ok kot walaupun berdua sbb ada ikan, udang, sup ekor

    ReplyDelete
  2. ye betul...apa je ygvx keras sekarang ni...SA ni nak kawen plak..lagi mahal segala benda sbb tu buat majlis kat rumah aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. nak kahwin lagi byk pakai duit. Sepoloh ribu tak cukup.

      Delete
  3. Ye la, harga semua benda naik. Best makan sup tulang, isinya lembut.

    ReplyDelete
  4. Tengok tv memang senang makan kepci....

    ReplyDelete
  5. Untunglaah…makan k-drama Sk dah kenyang. Jimat duit 😁

    ReplyDelete
  6. Selamat menjamu selera.
    Harga garam aje yang tak naik

    ReplyDelete
  7. Itulah naik banyak juga dan kerap.
    Kena berjimat.

    ReplyDelete
  8. layan k drama tu kenyang mata kak

    ReplyDelete
  9. Saya 2 bulan ja makan kat luar pun semput...Akhirnya back to normal...masak🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ramai² tak ralat nak bayar. Sy mkn 2 org, bayar sama macam mkn 4 org 😂

      Delete
  10. berdua pun byk jugak menu lauk tu kak.. hahaha

    ReplyDelete
  11. malaysia madani kata belanja 97.75 je seminggu kak....hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!