Assalamualaikum WBT
SAMBUNGAN kisah Menziarah Kak di Hospital Sungai Petani...
Selepas menikmati kelazatan Sup Gearbox di Twin Cafe Sup88, kami meneruskan perjalanan ke selatan dan masuk lebuhraya. Belum pun sejam memandu dari Plaza Tol Bukit Tambun Selatan tu, nampak Pak Inche dah mula mengantuk, tahulah dia kalau memandu di lebuhraya, memang cepat bosannya berbanding ikut jalan lama atau jalan kampung. Kami bertukar tempat di hentian terdekat, tak ingat kat mana. Mata Sk tegak dan seronok memandu sebab pagi tu jer Sk minum secawan Americano, secawan cafe latte dan minum secawan nescafe panas lagi di Sheikh Bistro dengan ipar duai semasa menunggu waktu melawat tu, hahaha. Perjalanan lancar walaupun kereta agak banyak tapi tidaklah sesak macam masa kami balik dari Penang dua minggu sebelumnya. Pak Inche ajak bermalam di Melaka dan mula membuka aplikasi Booking.com. Sk minta nak pilih hotel, eh, tahu-tahu dia dah selesai buat tempahan di Noble Resort Hotel Melaka yang pernah kami inap beberapa kali sebelum ni. Kali terakhir ke sini bulan Mei lepas, boleh baca KISAHNYA DI SINI.
Ke Melaka kali ni, kami bertukar selera. Kalau selalunya kami ke Restoran Asam Pedas Hajjah Mona di Taman Kota Laksamana atau makan di Restoran Ikan Bakar Cikgu di Anjung Batu, kali ni Pak Inche mencadangkan sebuah restoran terapung di Sungai Putat. Kami daftar masuk hotel dulu, melakukan kewajiban yang perlu setelah jauh bermusafir. Rasa segar sikit selepas mandi dan bertukar pakaian, memang setiap kali ke mana-mana, kami akan bawa pakaian extra.
Tidaklah terapung mana pun, cuma restorannya di dirikan di atas tasik buatan. Airnya kelihatan hijau, tak pasti sebab cahaya yang hijau atau memang dasar kolamnya hijau.
Restoran ini juga sering menjadi pilihan raja sehari melangsungkan majlis perkahwinan. Memang cantik, boleh feeling-feeling majlis kahwin di Zaman Kesultanan Melaka.
Menu-menu untuk dipilih. Boleh pilih set menu atau ala carte.
Kami ambil ala carte
Nasi Putih 2 - RM4.40
Tomyam Campur (S) - RM12
Baby Kailan (S) - RM9
Udang Pedas (S) - RM11
Sotong Tepung (S) - RM10
Telur Dadar (S) - RM4
Telur Dadar (S) - RM4
Dah lama tak jumpa restoran yang masak Tomyam Putih, biasa jumpa yang tambah pes tomyam menjadikan supnya berwarna merah. Sotong yang dimasukkan dalam masakan adalah sotong ring atau sotong sejuk beku tetapi lembut. Keseluruhan hidangan tidak mengecewakan. Secara peribadi, Sk suka salutan tepung pada Sotong Goreng Tepung yang rangup dan gebu dan lembut bila dikunyah. Dalam sayur pun mereka letak sotong juga.
Jumlah RM57. Tiada sebarang cukai dikenakan. Makan dalam suasana tenang dan selesa.. selalu kalau makan di Melaka tempatnya riuh rendah dan nak cari parking pun susah, tapi di sini parkir luas macam padang bola, hehehe.
Punyalah kenyang makan malam tu, sampai rasa macam tak mahu turun buffet sarapan tapi rugi la sebab pakej penginapan dah termasuk dengan sarapan. Sampai kaunter cafe, kami diberitahu nombor bilik kami tiada dalam list. Terkejut jugak, rupanya salah sebut nombor bilik. Bilik yang betul 1203 tapi Pak Inche sebut 1209, nasib baik bawa turun sarung kad tu. Tapi, kan.. Sk pun fikir nombor bilik 1209.. terus rasa macam misteri, nombor 1203 atau 1209. Kalau 1203, macam mana kami boleh masuk bilik 1209. Rupanya, memang betul la bilik 1203, yang bilik 09 tu hotel tempat lain, itulah jadinya kalau asyik check in sana sinun. Tu takpa, masa kami menginap di Thistle Johor Bahru hari tu, Pak Inche naik salah aras, nombor bilik betul, aras lain, siap dah ketuk pintu sekali yang keluar muka orang lain, hahahaha. Sk pun pernah beberapa kali tak ingat aras dan bilik, jadi kena pastikan sentiasa bawa sarung kad tu supaya tak terlupa.
Jarang-jarang Sk mulakan sarapan dengan nasi lemak.. betul-betul tak ada mood nak sarapan, eh, sekali sedap pulak la nasi lemaknya. Kedua-dua nasi dan sambal sedap cuma rendang ayam tu jer biasa aje la.
Paksa-paksa jugak la diri ambil makanan lain. Macam tak lengkap kalau tak ambil English Breakfast dan Pastries. Pak Inche lagi la.. nasi lemak pun dia tak nak makan. Ini ajelah Sk makan, tak macam selalu, dia punya kenyang campur penat, lain macam betul. Tu yang Pak Inche terus masuk highway dari Ayer Keroh tak ikut Muar macam selalu dan kami singgah tapau Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari. Pak Inche kata, lepas ni kalau datang Melaka tak mo dah duduk Noble lagi, jemu! Hahahahahaha.
berbaloi makan tu SK, minggu sebelum raya haji kak ana ke Melaka juga, kecewa sungguh dengan menu asam pedas harga pun tak masuk akal padahal makan nasi campur sahaja tengahari tu.
ReplyDeleteOklah harga kat klasik terapung tu
ReplyDeleteRasa jemu pulak berkali-kali menginap di Noble. Tunggulah selang setahun dua, nanti datang lagi.
ReplyDeleteOk ye harga di restoran terapung tu.... ingatkan ala carte mahal sbb tmptnya mmg eksklusif dah la tenang plak tu... kat melaka x riuh tmpt mkn x sah kan.. mesti penuh je manusia
ReplyDeleteWaah murah la makan kat restoran terapung tu SK...nak terjah la nanti ngan Dania...buka petang kan...
ReplyDelete