MASAK SAMBAL UDANG ENDAU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT


MASAK Sambal Udang hari Sabtu lepas. Udang tu dah hampir dua bulan bertapa dalam peti ais, beli di Endau, Mersing masa balik dari Makan Udang Galah Kampung Leban Chondong. Sekilo RM30 aje ni, udang laut jenis kulit keras, tu sebab tak mahal sangat kot. Sebelum masak, Sk buang urat hitam dan kulit bahagian tengah serta potong muncung dan kaki-kakinya yang tebal tu. Udang laut ni tak sama dengan udang kolam (bela), dia macam ada lendir hijau terutama di bahagian kepala, lama sikit la nak bersihkan seekor-seekor. Mujurlah beli pun cuma 15 ekor, ngam-ngam sekilo. Pun tak habis makan tiga beranak. Bagus jugak, esok (ahad) tak yah masak lauk lain, panaskan Sambal Udang, fikir Sk.

Mula, Iman tak nak makan eh.. sebab dia kata, kan kita nak pergi makan. Sk ada preview Pakej Keraian di GBW Hotel hari Sabtu tu. Pak Inche pulak malam tu ada tugasan Liga Super 2023 antara Pasukan JDT vs Negeri Sembilan. Jadi, kena masak jugaklah dan makan sama-sama. Haaa.. ingatkan pergi preview tu terus-terus dapat makan ke? Lebih baik kita makan dulu kat rumah. Yang kelakarnya pulak, Sk salah baca 'masa' pada jemputan, Sk baca pukul 3 petang, padahal pukul 3.30. Dahlah pukul 2.40 dah sampai kat depan hotel tu.. terus lajak dulu ke McD Stulang makan ais krim, baru pergi hotel, heheheh.


Semalam, balik kerja, ingatkan nak panaskan Sambal Udang jer, rupanya Pak Inche pergi kedai beli sayur dan ayam. Ayam dah siap perap garam dan kunyit, sayur dah siap cuci siap ada sotong sekali, tinggal masak katanya. Disuruh masak sendiri, dia kata, tak pandai. Alasan aje tu. Jadi semalam, Sk masak nasi, panaskan sambal udang, goreng sayur dan ayam. Ayam goreng tak ada dalam gambar, hehehehe.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alasan sama juga dengan suami saya. Haha

    ReplyDelete
  2. ayam dengan sayur tu da siap prep dari kedai ke kak? best jugak tinggal masak ajeee...ke pak inche yang tolong prep..hahaha

    ReplyDelete
  3. Alasan jugak untuk en tunang, dah macam- macam cara dan step by step ajar..tetap sebut x pandai...haihhh..susah mcm tu...

    ReplyDelete
  4. Kalau nak masak udang memang kena bersihkan elok baru sedap. Bagus idea Pak Inche dan siap sedia perap dan sediakan. Tinggal masak je tu. Bila dah siap camtu, confirmlah Mak Inche auto rajin masak terus. hihi...

    ReplyDelete
  5. Agaknya udang laut kulit keras tu yang namanya udang bemban kot.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!