SAMBAL SOTONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

BEGITULAH jika cuti hujung minggu.. sekejap jer dah sabtu dan esok kena masuk pejabat, huhuhu.


Memaksa diri menggunting dan merebus lada kering hari ni. Seingat Sk, sejak sekolah rendah sehingga sekolah menengah, menggunting lada kering adalah tugas Sk. Sk akan bentang suratkhabar dan lada kering akan digunting terus ke dalam bakul. Biji-biji lada yang digunting akan jatuh melalui lubang bakul terus ke atas suratkhabar. Selesai menggunting, bakul akan ditampi bagi mengeluarkan baki biji-biji lada. Hurmmm.. sampai bersin-bersin dibuatnya, hahahaha. Dalam hati mengomel, asyikkk-asyikkk aku jer yang kena gunting lada.

Hari ni kalau ikutkan malas nak masak dan makan tengahari di rumah, tapi memandangkan Pak Inche bertugas di Stadium Sultan Ibrahim petang hingga malam, kita masaklah jugak walaupun tak disuruh. Nak masak sambal sotong ni dah lama, tapi tak jugak dimasak sebab asyik makan kat luar atau tapau makan pasar malam. Makin lama simpan sotong tu, nanti jadi getah pulak lama sangat bertapa dalam peti ais.. hahahaha.

Macam biasalah, Sk tak reti nak kisar lada dan bawang asing-asing. Semua lebur sekali arung. Sekali buat, banyak-banyak terus supaya mudah lain kali nak masak sambal atau asam pedas. Kalau nak menggoreng mee atau nasi pun guna pes ni jugak. Eh, lamanya tak masak asam pedas. Ni Iman dah balik, minggu depan boleh la masak asam pedas.. konon!

Sambal Sotong

Bahan-bahan :

Sotong, bersihkan, potong ikut citarasa
1/4 cawan minyak masak
2 senduk pes cili dan bawang
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1/2 sudu garam atau secukupnya
2 1/2 sudu gula pasir
1/3 cawan air

Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak, tambahkan air. Tumis lagi hingga terbit minyak.

2. Masukkan garam, gula dan pes asam jawa, renihkan.

3. Masukkan sotong, kacau dan biar ia merenih sebentar, tutup api.

Sukatan untuk Pes Cili dan Bawang Kisar, boleh tengok DI SINI.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memang dulu kalau nak gunting cili kering kena bentang kertas surat khabar. Sekarang susah dah nak dapat kertas surat khabar macam dulu. Selamat menyotong SK.

    ReplyDelete
  2. SA ada beli sotong 2kg...x besar x kecik...tengok plak sambal sotong SK ni...alahai...balik kang nak buat la..esok bleh bawak bekal pi keja

    ReplyDelete
  3. mudah mcm tu, gunting terus dalam bakul alas suratkhabar...makes life easy...senang jg kisar cili + bawang sekali..terus tumis je...kat rumah selalu kisar asing-asing..

    ReplyDelete
  4. Kenangan tu gunting lada kering. Dulu rajin juga tolong mak buat sambal nasi lemak berniaga. Rindu pulak zaman tu. Banyak kuah sambal tu, boleh simpan buat cicah cekodok ke lempeng ke.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!