PAKEJ KERAIAN DI GBW HOTEL JOHOR BAHRU

Seri Kandi Tanah Jauhar
19

 Assalamualaikum WBT

NANTI.. kalau saya kahwin, saya nak buat majlis kat hotel, ujar seseorang kepada Sk tidak lama dulu. Sk menyokong angan-angan beliau, maklumlah.. zaman sekarang ni, mak-mak pengantin ramai yang sibuk dengan pelbagai urusan dan berkerjaya, tentu pening dibuatnya nak menguruskan perkahwinan anak. Tu satu hal, siapa pulak nak tolong rewang, nak buat itu, nak buat ini. Majlis kahwin bukan sikit-sikit kerja, orang yang kita nak minta tolong, pun sibuk dengan pelbagai urusan duniawi, hihihi.

Jadi, kita serahkan aje pada yang pakar. Untuk warga Johor yang akan melangsungkan majlis perkahwinan di Johor, jom kita buat majlis di GBW Hotel Johor Bahru. Bukan sahaja majlis perkahwinan, malah pelbagai Pakej Keraian boleh didapati di GBW Hotel antaranya Pakej Lengkap PERTUNANGAN & PERNIKAHAN, Pakej Perkahwinan RAJA SEHARI dan ada juga Pakej Lengkap AQIQAH.

Sk berpeluang ke Preview Majlis Keraian anjuran GBW Hotel Johor Bahru bagi memperkenalkan pelbagai pakej yang dinyatakan. Aisehhh.. patutnya ajak sekali kenalan Sk yang berangan nak buat majlis kahwin di hotel tu. Tapi, takpa, kita cerita sini nanti bagi dia baca, hehehehe.  

Terpegun ya, sambil berjalan masuk di atas karpet merah yang terbentang dihidangkan dengan pemandangan yang manis begini. Ini merupakan dewan kecil yang digunakan untuk acara pernikahan dan acara pertunangan pun boleh. Orang sekarang pun ramai yang ikut trend bertunang dan bernikah pada hari yang sama. Ada yang bertunang sekejap dan terus diijabkabulkan.

Penataan cahaya yang memukau dan boleh bertukar-tukar pulak warna cahaya tu membuatkan mata tetamu tak lepas memandang ke arah pelamin.

Di kiri dan kanan pelamin pula disediakan meja khas untuk pihak pengantin lelaki dan perempuan meletakkan barang hantaran masing-masing.


Ingatkan datang tengok-tengok pakej aje, rupanya ada pengantin sekali!

Kemahen jelita dan rupawan 'pengantin' yang ditampilkan oleh GBW Hotel Johor Bahru. Nampak tak tu, dengan 'mak pengantin' menjeling kamera. Walaupun cuma olok-olok, tapi terpancar kebahagian di wajah keduanya apabila segala urusan majlis telah diserahkan kepada pihak hotel.


Amboi, saling bertentang mata gituh.





Sk dan Sis Lin tak melepaskan peluang merakam kenangan dengan 'Pasangan Mempelai'

        

Lama-lama tengok pengantin, rasa lapar pulak, hahaha.
Pakej Keraian pastinya datang bersama hidangan untuk tetamu. GBW Hotel Johor Bahru merupakan antara hotel yang mempunyai chef yang berpengalaman bertahun-tahun dalam bidang kulinari. Nasi Beriani Raja Sehari antara hidangan wajib setiap kali berlangsung majlis kenduri, juga Nasi Putih bagi mereka yang kurang gemar nasi berperisa. Ia digandingkan bersama lauk-pauk yang pastinya sentiasa diingati tetamu kerana kelazatannya.


Antara lauk-pauk yang disenaraikan dalam menu untuk dipilih oleh keluarga pengantin adalah Ayam Masak Merah Kerisek Bunga Manggar. 


Sk paling suka pergi kenduri jika ada masakan kambing, yang ni nama menunya, Kambing Masak Hitam.


Daging Beriani Silat Pulut


Dalcha Daging Cekak Musang


Sayur Goreng Jawa Walimatulurus.. haaa.. yang ni, boleh makan dengan nasi putih juga.


Gandingkannya bersama pilihan pelbagai jenis kerabu.

Selain menu tradisi, juga terdapat menu-menu ala barat untuk anda pilih di hari keraian nanti.




Pelbagai pilihan minuman sejuk dan panas


Aneka jenis jeruk.


Buah-buahan.


Slice cakes.



Gado-Gado



Pulut Serawa Durian yang sangat sedap serawanya tu, penuh rasa durian.





Tetamu pasti tidak melepaskan peluang menikmati keenakan Laksa Johor di sini.


Puding Pelangi menarik perhatian tetamu kecil dan dewasa.


Pakej Lengkap PERTUNANGAN & PERNIKAHAN bermula dari RM4,200.00.



Pakej Perkahwinan RAJA SEHARI dengan pilihan harga per pax RM50 atau RM60.


Pakej lengkap AQIQAH bermula dari RM3,500.00.


Memang disyorkan la tuan puan  yang nak buat majlis kenduri di sini sama ada Majlis Pertunangan, Pernikahan, Resepsi atau Aqiqah.. tempat cantik, makanan sedap dan harga berpatutan 😍.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi :

📞 https://linktr.ee/gbwhotel

📞 Mr. Syahmi : +6016 710 0048

📞 Ms. Urfa : +6016 710 0073

Post a Comment

19Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terliur tengok deretan gambar makanan. Sedap2 semuanya. Uniknya siap ada hidangan jeruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah makan jeruk sambil tengok pengantin bersanding 😍

      Delete
  2. macam-macam jenis menu ada, zaman sekarang ni mudah. Sedia duit je semua ada yang uruskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, utk keselesaan tetamu dan meringankan kerja keluarga pengantin.

      Delete
  3. mudahnya zaman sekarang. sediakan ongkosnya aje

    ReplyDelete
  4. Memang mudah...kena ada bajet yang banyak...tunggu Dania nyer turn la nanti...

    ReplyDelete
  5. lapar tgk mcm2 menu tu.....meriah..siap pitis je kan kalo nk wat majlis kt otel

    ReplyDelete
  6. Meriahnya menu buffet dia... tp tu pun ikut bajet kita jugak nnt kn? skrg ni org suka buat kat hotel sbb tinggal bayar je... x payah pening fikirkan nak beli itu ini lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau di GBW ni, semua dah disediakan dalam tu termasuklah goodies utk tetamu, tak perlu membawa dari rumah.

      Delete
  7. Alamak, saya dah terkomen lat page sapa pulak tadi?
    Tengok sini kosong..
    Apapun menarik pakejnya ..Berbalo

    ReplyDelete
  8. Sekarang dah banyak kemudahan. Yang penting, modalnya ada. Semua pun boleh gitu. cantik pulak tengok pelamin tu ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Fiza.. sediakan modalnya dan pasti akan terlaksana hasrat di hati.

      Delete
  9. Setiap penyakit ada ubatnya. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Memang betul SK, zaman sekarang ni kalau buat kenduri kahwin siapalah nak datang rewang. jadi, win-win situation. Pakej ini membantu pengusaha menjana pendapatan, dan memudahkan ibu bapa yang hendak pening kepala uruskan majlis.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!