MERIAH BILA BERKUMPUL

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

BILA kak sakit, telah membuka mata Sk tentang kebaikan dan ketulusan hati ipar-duai. Semua biras Sk berkampung lebih seminggu ya di Kuala Ketil untuk menjaga kak. Biras-biras Sk ni kebanyakan tidak bekerja dan ada yang bekerja sendiri, mereka tinggalkan rumah dan ulang-alik setiap hari menjenguk kak di hospital manakala Kak Roz (kakak Pak Inche) mengambil cuti tahun untuk menjaga kak di hospital setiap malam. 

Rasa kerdil diri ni sebab macam tak buat apa pun. Ialah, kita ni suami isteri masih bekerja lagi dan bukannya boleh ambil cuti banyak-banyak. Pak Inche lagi la, paling susah nak cuti, kerja mengalahkan Perdana Menteri, hahaha. Jadi, bila ada cuti sehari kelmarin, kami ambil kesempatan untuk melawat kak yang telah dibawa ke KL. Buat masa ini, kak belum diputuskan untuk mendapatkan rawatan kemoteraphi lagi, kena tunggu keputusan doktor.


Bila dah berkumpul, wajibnya ada makan-makan. Ni semua Kak Roz masak.. ada.. Kari Daging, Asam Pedas Rebus, Taukua Sambal, Sambal Kuini, Sawi Pokchoy, Telur Dadar, Ikan Goreng dan Tomyam. Kak Shida dan Azreen pun bawa kuih-muih, mana la hilang gambarnya.. ada Seri Muka Durian, Cara Berlauk, Kaswi dan Kek. 


Terus ngam eh budak bertuah ni walaupun pertama kali jumpa. Ini anak Azreen (menantu) cucu Abang Pet, abang Pak Inche, kira cucu saudara.


Petang tu, memasing terjun kolam.. cucu-cucu la.. nenek-nenek menengokkan aje.


Cuaca tak mengizinkan nak berlama-lama di kolam. Hati-hati atok nenek turun tangga, heheheh.


Babai kolam, nanti kami datang lagi bawa Iman. Iman jangan lupa bawa swimming suit, hahaha. Oh, Iman sekarang sibuk main kuda, hahahaha. 

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sayangilah keluarga selagi mereka masih ada. abe kie masih terasa kehilangan kak long sebln yg lps. mcm x caya dia dah tiada. huhuhu...

    ReplyDelete
  2. bagus muafakat adik-beradik, ipar-duai Pak Inche...saling membantu...

    ReplyDelete
  3. ooo akak dah ada pangkat nenda rupanya..nenda gorgeous gitu

    ReplyDelete
  4. seronok bila semua bermuafakat kan SK...

    ReplyDelete
  5. Syukur Alhamdulillah. Keluarga bermuafakat membawa berkat.

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sehat untuk kakaknya SK 🤗. Tapi happy kalo banyak kluarga bisa kumpul macam nih kan. ❤️

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah,
    dapat keluarga sendiri yang baik dan prihatin..keluarga mertua, dan ipar duai serta biras yang baik juga rezeki yang sangat besar.
    Sama2 kita didik hati dan diri kita untuk sama2 jadi lebih baik

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!