Assalamualaikum WBT
SEMALAM petang, Sk memenuhi jemputan Pengantin Olok-Olok. Ah.. sudahhh.. kenapa pulak olok-olok tu ya? Hahaha... Tu nanti la kita cerita. Sebelum pergi kenduri, masak Sambal Udang sebab Pak Inche nak makan tengahari, malam dia kerja, ada Perlawanan Bolasepak Liga Super 2023 antara Pasukan JDT vs Negeri Smebilan. Sk pergi berdua aje dengan Iman yang akan balik ke kolej pulak selepas tu. Sebelum balik kolej, singgah Aeon Taman U, beli kipas.
Beli kipas meja 12" jenama Khind, RM79. Ada potongan harga RM36, harga asal RM115.
Kipas yang beli masa kat Poli dulu dah hantar kat rumah Kuala Ketil. Masa Iman baru masuk UTM dulu, dia bawa kipas berdiri dari bilik kat rumah memandangkan dah ada kipas dinding. Kemudian, bila cuti panjang, dibawanya balik semula ke rumah kipas tu, sebab kipas dinding tu tak best katanya. Lepas tu, dibawa pulak tower fan dari ruang menonton tv di rumah. Cuti raya haji tu dipulangnya balik, minta belikan kipas baru yang lagi kuat anginnya. Ni la yang belikan kipas meja ni pulak.. eh...panjang pulak cerita kipas ni, hahahaha.
Lepas beli kipas, singgah Burger King, tapau makan malam. Beli burger ala carte sorang sebiji untuk Iman dan Pak Inche. Tahulah Pak Inche tu, karang balik bola kata lapar pulak. Sk kurang minat makan burger lagipun rasa macam masih kenyang lagi makan kenduri Pengantin Olok-Olok, hehehehe.
Lepas hantar Iman balik kolej, terus balik rumah. Tak sabar nak habiskan episod Legend Of The Blue Sea yang entah dah berapa kali Sk tengok tu.
Duluuuuu.. masa baru ditayangkan pun dah tengok, sampai stress tunggu episod seterusnya.. hahaha. Lepas tu teringat Cikwa ada bagi Lokching sebungkus besar, tak bakar-bakar lagi sebab tak ada siapa yang rajin dan suka nak makan. Sk pun bukan la suka pun tapi benda dah ada, takkan nak buang. Hurmm.. masuk kuali, goreng la.. minyak letak sikit aje.. sedap jugaklah lokching goreng ni, ratah macam tu jer, tak cicah sos pun, malas nak tuang sosnya, hehehe.
sabtuday semalam saya buat mee kari kak... main masak² hehehe
ReplyDeleteOlok-olok?
ReplyDeleteUncle sabtuday keje! huhu
Kalau kat jdt, hari sabtu bolehlah cuti mendapur.
ReplyDeleteMesti ada jemputan kahwin
sabtuday xde buat apa. tersadai sorg² di rumah asbab tak sihat. husband dan anak⁶ join lawatan tadika anak. huhu..
ReplyDeletewah akk pon layan korea ya...best tu cite legend of the blue sea..
ReplyDeleteApa yang olok-olok tu ye? Hehe ...
ReplyDeleteSabtu seharian kat Nilai...then melayan settlekan goodies sampai tengah malam
ReplyDeleteKipas ni wajib ada musim panas ni. Kipas ni laju sikit baru rasa angin dia tu.
ReplyDeleteSabtu day ke Pilah membeli cili api sambil tu menyendol.
Kipas kena laju selaju lajunya...baru syokkk... Hihi... Locking sedapp ❤️
ReplyDelete