COLEK PERUT LEMBU KORBAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT

MASA Program Ibadah Korban hari tu, semua peserta korban diberi pilihan untuk mengambil bahagian lembu yang tidak termasuk dalam agihan korban. Bahagian tersebut adalah kepala, kaki x 4, perut dan kulit. Kumpulan lembu Pak Inche dan ibu, memasing sepakat tak mahu kesemua bahagian ini. Setelah berbincang dengan adik-beradik, siapa yang sanggup nak kerjakan semua bahagian ni, Sk pilih kepala dan keempat-empat kaki lembu. Dah semua tak nak, kan.. En Daud kata, awak ambillah semua empat kaki tu. 

Tapi, di saat akhir dua orang ahli kata, nak pulak kaki, jadi, dapatlah kami kaki dua batang. Tak kisah, pun. Memang dari awal dah offer tapi semua tak nak, jadi, bila ada yang dah nak, kita bagi aje la. Sk minta Cik Ani dan Che Li datang ke tempat melapah, ambil kepala dan kaki bawa balik. Tengok perut lembu kumpulan kami, tak ada siapa yang mahu. Che Li pulak sanggup nak kerjakan perut lembu tu sebab memang dah biasa buat kerja tu kat kampungnya di Terengganu. 


Tengok tuari Mamatisya share cuci perut lembu guna water jet. Kebetulan Angah ada water jet. Jadi, lepas hantar kepala dan kaki lembu tumpang dalam chest freezer Angah, Che Li bawa balik water jet. Maka siaplah, bersih betul ya perut lembu guna water jet tu. Cuma tak tahulah berapa lama menyemburnya sampai jadi bersih cam tu. Cik Ani buatkan colek atau air asam. Seronok la Pak Inche dapat makan Colek Perut style Terengganu 😍.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. akak makan tak perut lembu?kat kg haritu saya sorang je yg makan,nak bersihkan pun xsemangat,tengok org share dkt tiktok cuci guna cuka,puas rendam tak tanggal pun last sekali guna kapur makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan jugak.. oh, orang lain semua tak pandai makan mmg tak syok kalau makan sorang tu Afzan.

      Delete
  2. sedapnya perut tu, masam2 gitu

    ReplyDelete
  3. Untung dapat perut labu korban... ramai yg berebut ni....

    ReplyDelete
  4. guna waterjet mudah...bila org tktau nk cuci tu jd mls tp bila dh siap menu..laju belaka hehe...yum22 sedap tu

    ReplyDelete
  5. Sama juga, pagi tadi jengok colek lembu di sini, tapi tak keluar komen hihihii.

    ReplyDelete
  6. Alaaaa...sedapnya colek perut lembu tu...

    ReplyDelete
  7. Pernah tengok orang bersihkan perut lembu, jenuh juga nak bersihkan tu. Ambil masa lama. Pakai water jet laju sikitlah prosesnya kan.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya colek perut lembuu 🤤

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!