Assalamualaikum WBT
SEMALAM, cukuplah sudah tempoh staf intern di pejabat Sk menjalani Latihan Industri. Tak sempat nak diraikan semalam, hari ini kami makan-makan di Richiamo Coffee, lokasi yang sama meraikan Hari Lahir Sk yang Sk ceritakan DI SINI.
Masa nak confirm menu dengan Aida melalui whatsapp, asyik taip dan padam aje. Keliru sama ada nak makan nasi atau spaghetti. Teringat hari tu Aida makan Spaghetti Aglio Olio, sedap.. tapi, anak tekak ingin nak makan Patin Tempoyak. Bila buat pesanan, Patin Tempoyak cuma ada bahagian kepala, jadi, Sk ambil Spaghetti Aglio Olio.
Kali ni, memasing semua makan spaghetti.
Spaghetti Aglio Olio - Sk, Ina & Kak Imah
Spaghetti Salted Egg - Fidah, Naza, Ayu & Aida.
Kedua-duanya sedap tapi Aglio Olio tak pedas macam Aida makan hari tu.
Sebelum balik, Sk beritahu pada staf.. dia kata, oh, nak pedas ya, kenapa tak beritahu, hihi. Haaa.. betullah kan, kenapa tak bagitahu, boleh tambah chilli flakes kalau nak pedas. Tapi yang penting, udang besar dan segar.. berjuang jugaklah nak mengopek sebab kulitnya keras sikit.
Yang diraikan tentulah yang kelihatan terpaling remaja. Yang lain semua dah remaja purba terutama yang tudung warna biru muda tu, hahahah. Ayu orangnya rajin dan banyak membantu tambahan sepanjang intern ni kolej banyak aktiviti.
Saya pun pernah melalui zaman awak, Ayu. Banyak lagi ranjau onak duri yang akan Ayu tempuhi akan datang. Semoga dipermudahkan segala urusan Ayu.
Cenderahati beli dari Mamasab. Semua Aida yang uruskan, kami tinggal makan jer. Hari ni pun Sk tumpang kereta Naza, malas nak drive sesekali kita bagi orang muda pulak.
alahai baiknya..uish terus tergoda dgn udang die..semua besar besar ha
ReplyDeleteAdik intern SA ni last masa SA cuti kahwin nanti bulan 9...hehehehe....bestnya dapat hadiah...
ReplyDeleteSeronok Ayu, walaupun staf intern tetap diraikan.
ReplyDeletesedapnya buleh makan2. Alhamdulillah kita meraikan yg muda...
ReplyDeletelama tk ke richiamo...tgk udang tu besar2 juga..sronok staff intern di rai tu
ReplyDeleteKomen di sini pun tak muncul.
ReplyDeleteNanti nak cuba jugalah makan di Richiamo ni. Tak pernah masuk pun lagi. Nampak sedap spaghettinya. Udang tu paling menawan. Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki dan meraikan staff intern. Seronok dia.
ReplyDelete