SARAPAN LEMPENG CICAH SAMBAL BILIS STRAWBERRY

Seri Kandi Tanah Jauhar
22

 Assalamualaikum WBT

REAL betul mimpi pagi tadi.. haa.. tu la.. sambung tidur lagi kan. Setiap hari berangan, kalau hari cuti, lepas subuh nak qadho tidur.. tapi tak pernahnya nak menjadi, ada jer halnya. Hari ni konon la nak tidur balik, tapi.. tiba time hari cuti, tak boleh pulaknya dia nak tidur balik, tapi paksa jugak, hahahah.. dalam paksa tu, dah tertidur dan bermimpi.. Sk sekeluarga berjalan ke mana tah, sampai ke sebuah resort seakan kampung ni.. lepas tu, macam dorang ni semua nak pergi mana tah.. Sk pun pergi jumpa dorang sekejap. Kemudian Sk balik semula ke rumah lama tu.. rumah bertangga tinggi, Sk panjat tangga, kemudian anak-anak tangga tu tanggal, Sk berpaut pada tepi tangga yang banyak daun menjalar. Dalam hati fikir, tadi elok aje tangga ni kuat aje, Sk gagahkan jugak diri sampai atas, sampai jer kat atas pelantar terus nampak muka pintu.. rumah yang tadi cantik tu rupa-rupanya buruk giler dah mereput sana-sini. Tu takpa, depan pintu tu ada hantu jembalangggggg.. rambut putih menggerbang, mata berlubang hitam. Dalam hati, Ya Allah, selalu dengar cerita orang pergi resort berhantu, ni depan mata aku Ya Allah.. Sk beristighfarrrr kuat-kuat.. lepas tu keluar la geng-geng dia ketawa ramai-ramai kat tingkap-tingkap. Sk pun baca ayat kursi dengan sedaya upaya... Dan hantu-hantu tu semua masih ketawa. Sk terus baca sampai habis, susah betul ya nak buka mulut baca ayat kursi tu dan berjaya jugak habiskan. Habis jer baca terus terbuka mata dan sedar Sk bermimpi. Allahu Akbar! Nasib baik bukan betul-betul 😭.


Sambal Bilis Strawberry beli online dari Ayahman Strawberry gara-gara baca post Puan Hazel tentang kesedapan Kordial Strawberry yang dibeli beliau ketika mereka sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands. Alang-alang beli kordial, Sk beli la sambal ni sebotol. Ingatkan nak makan dengan Nasi Lemak yang Sk masak masa ni, tapi boleh pulak terlupa nak keluarkan sambalnya.


Pagi ni, Sk buat lempeng cair untuk cicah dengan Sambal Bilis Strawberry. Bancuh secawan tepung dengan secawan air dan ada sikit baki susu segar dalam suku cawan kot, sebiji telur dan garam. Sk kacau hingga larut guna handwhisk dan biarkan ia mesra dalam setengah jam sebelum didadar dalam kuali leper non-stick.


Tapi macam terlalu lembut la pulak lempengnya. Mungkin sebab Sk guna tepung gandum cap ros. Tepung ni memang agak lembik sikit, kena kurangkan air lain kali kalau guna tepung cap ros.


Ikan bilis dalam sambal jenis halus campur yang sedikit kasar. Ikan bilisnya digoreng garing sebelum dicampur dalam sambal. Sambalnya sedap, tak begitu pedas, ada rasa masam manis buah strawberry kering yang dimasukkan ke dalam sambal.


Ayahman tetap mengekalkan penggunaan asam jawa dalam pembuatan sambal. Memang sesuai sangat jika sambal ini dimakan bersama lempeng atau roti tapi jika nak dimakan bersama nasi lemak, kena juga masak sambal kosong sebab kompom tak cukup nanti, hahahaha.

Post a Comment

22Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat bercuti dan sarapan SK..nampak sedap plak sambal strawberry tu...pernh makan nasi lemak strawberry kat CH...lupa plak nama kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sambal ni. Haaa.. kita pun pergi CH mkn nasi lemak strawberry.

      Delete
  2. haha...memang.. kalau pakai tepung gandum cap ros tu, hasilnya di luar jangkaan.

    ReplyDelete
  3. kena cari produk ni di pasaraya. teruja nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti ada tak di pasaraya sbb sy beli online, tak jumpa di pasaraya.

      Delete
  4. aduhai seram mimpi kak baru nak komen mimpi panjat tangga nak dapat kejayaan sekali keluar hantu daaaa hahaha,saya pagi ni pun melempeng cair tapi cicah balance kari ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Capai kejayaan jugak, dapat naik smpi atas tapi jumpa benda lain la pulak, hahahaha.

      Delete
  5. Hihihi..membaca mimpi tu rasa macam baca karangan masa sekolah dulu..suspen..

    Tepung rose 🌹 memang kena kurangkan cecair kan..tapi sedap sebab tepungnya tak liat.
    Eh,baca posting ni baru ingat dalam peti ais kita pun ada strawberry...

    ReplyDelete
  6. alamak kita x bole telan la sambal stroberi ni.... pernah try kat cameron, hahha terus x lalu nak makan hheheh

    ReplyDelete
  7. Sama macam Kak Ret, tekak tak boleh terima pulak sambal strawberry... Dah biasa dgn sambal biasa kot. Rasa manis2 tu macam tak kena je bila makan nasi lemak dgn sambal strawberry 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, ada orang mmg tak boleh terima rasa manis sambal. Tapi bg sy ok sebab seimbang manisnya.

      Delete
  8. nampak sedap...tak pernah try sambal stroberi..

    ReplyDelete
  9. dramatik sungguh mimpi tu SK...terbayang2 pulak buku Kala Senja dia datang yang ammi baca tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!