KASWI GEDIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT


SEMALAM, Ariff, suami Huda yang sepejabat dengan Pak Inche, bagi Kuih Kaswi Gedik yang viral sekarang. Kaswi Ariff ni versi Red Velvet. Dalam family Sk, kami panggil kuih ni, Tepung Kusoi. Ramuannya dari gula merah atau gula timbang dan kuihnya berwarna coklat gelap.


Yang betul-betul viral sekarang Kaswi Pandan, kan. Ni Ariff juga bawakan untuk Sk masa nak ambil Huda balik kerja, tapi tak ada rezeki sebab masa tu Pak Inche cuti, kami balik Kuala Ketil minggu lepas tu. Ariff tak tahu, beriya la dia bawakan.


Tu tak pa, minggu berikutnya dia bawakan pulak Apam Solo Kacang Merah ni, Pak Inchenya dah keluar bertugas perlawanan bolasepak Liga Super 2023 antara JDT vs KLC.


Yang ni pulak Kaswi Derhaka versi Kanom Piak Poon, sejenis dessert Thai, kata Ariff. Kaswi dimakan bersama sos santan dan kelapa parut. Sos santan tu ala-ala sos santan untuk pulut mangga tapi yang ini tak manis. Nanti nak minta Ariff buatkan Kaswi Pandan laaa.. nak rasa yang pandan. Ke... nak kena buat sendiri?? Hahahaha.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nak jugalah ikut menderhaka, makan kaswi dengan sos santan dan kelapa parut.

    ReplyDelete
  2. Cantik kan? sayag nk mkn... kami kt sini panggil kueh kosoi tp mmg belum lg org buat versi viral mcm ni

    ReplyDelete
  3. Macam² versi ye...
    Kita suka yg gula merah tu

    ReplyDelete
  4. kuih viral hari2 lalu lalang kat muka buku...

    ReplyDelete
  5. wah versi redvelvet plak kaswi tu..menarik nmpk..kt kl xde nmpk lg...sbb yg viral yg kaswi pandan tu la

    ReplyDelete
  6. Kita haritu Laki bawak balik gakk, sedap Kak yang pandan tu..

    ReplyDelete
  7. menggoda sungguh kak oi, teringin nk jual kat kedai tapi tak rajin lak nak kukus satu-satu hahahah

    ReplyDelete
  8. Ini tidak adil!!!kita nak jugak laaaaa kaswi gedik....

    ReplyDelete
  9. kuih tradisional yang dimodenkan. bagus idea marketing penjual skrg utk viralkan makanan yg dijual 👍🏻

    ReplyDelete
  10. Popular betul kaswi gedik ni. Sebelum ni pandan dan kaswi ori je nampak. Sekarang dah ada Red velvet pulak. Belum ada rezeki lagi merasa kuih kaswi gedik ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!