MAKAN-MAKAN DI PERHENTIAN BAS TANGKAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

DAH kembali ke pejabat selepas lima hari bercuti. Hari rabu, Cuti Awal Muharam, hari Khamis ambil cuti tahun. Jumaat dan Sabtu, cuti hujung minggu, Ahad pula, Cuti Peristiwa sempena Kejuaraan Pasukan Johor Darulta'zim merangkul Piala FA 2023. Kena catat sebiji-sebiji supaya bila dicari semula boleh ingat apa yang berlaku. Tidaklah orang ingat, kita ni sengaja bercuti banyak-banyak hari, hihi. Ada pulak yang kata, Johor ni asyik cutiiiiiiiii pasal bola aje. Mana ada! Dah bulan Julai ni la baru sekali Johor dapat cuti peristiwa pasal menang bola. Kali terakhir dapat cuti peristiwa akhir November  tahun lepas sempena Kemaraan Pasukan JDT ke peringkat akhir tahun 2022. Lagipun, tak salahnya pun cuti tanda meraikan kejayaan, seluruh rakyat bergembira gituhh.

Singgah Medan Selera di Perhentian Bas dan Teksi Tangkak minggu lepas dalam perjalanan ke KL. Medan Selera ni dalam kawasan terbuka. Gerai penjaja dan meja makan di sini hanya diletakkan pada waktu malam jer, kalau siang, ada gerai kekal di sini. Dulu, Sk pernah cerita Singgah Makan Mee Bandung di sini.

Ni pun nak makan Mee Bandung jugak la pergi sini, tapi Mee Bandung Biasa/ Daging tak ada. Yang ada udang. Sk tak nak la kalau Mee Bandung Udang nanti rasa Mee Udang. Pak Inche pulak, sampai-sampai terus nampak gerai ni, memang tak berpaling lagi laaa. Pak Inche order capati satu set.

Lama pulak menunggu capati, order pulak Kuey Teow Penang kat gerai depan kami ni. Pakcik tu tanya, nak kuah banyak ke sikit? Pak Inche mintak kuah banyak. Sk tanya, nak buat mandi ke? Hihihi.. saja sakat.

Tiga kali kelip mata, Kuey Teow kuah banjir sampai ke meja. Wowwwww! Betul-betul sedap!!!! Pak Inche ajak kongsi-kongsi.

Satu set capati ada dua keping datang bersama keema dan kuah kari ayam. Sk jamah sikit.

Pasal Mee Bandung tak ada, tak tahu nak makan apa. Terliur pulak nampak roti canai atas kuali leper besar. Lama jugak nak tunggu roti canai sampai nescafe pun dah luak hampir separuh. Hurmmm.. rasa nak tambah order Kuey Teow lagi sepinggan tapi segan, hahahahaha.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Macam kat Penang pulak ya, siap tanya nak kuah macam mana 😀

    ReplyDelete
  2. First time tahu tempat ni, nampak sangat lama saya tak balik Muar..
    Meriah bas stand Tangkak ada tempat makan macam ni, best!

    ReplyDelete
  3. CKT tu mmg nampak menggoda, rugi akak tak oder 1 lagi tau

    ReplyDelete
  4. kenapa la dulu masa dok ulang alik ambil/ hantar Adah UiTM Segamat tu saya tal tau ada food court ni...hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!