Assalamualaikum WBT
DUA kali dah beli Tepung Pelita ni di sebuah gerai di Bandar Baru Uda. Sekarang ni, apa jer benda yang gedik, ramai yang suka. Cuma kalau orang gedik jer, ramai tak suka, ingat tu!
Seingat Sk, istilah gedik-gedik untuk kuih ni dah lama diguna pakai oleh kebanyakan blogger masak-masak masa zaman kegemilangan blog masak-masak dulu. Sebutlah apa sahaja kuih tradisi, semuanya nak gedik. Lagi gedik lagi syok, hahahaha. Cuma janganlah sampai lembik, tu bukan gedik dah, tapi tak jadik 😂.
Harga Tepung Pelita ni, RM3/4's. Bagi Sk, harganya berpatutan dan agak murah jugaklah. Masa Sk beli kali kedua, kakak tu mungkin perasan Sk suka beli banyak, jadi dia pesan, lain kali whatsapp nombor telefon yang tertera di label tu, kalau beli banyak dapat murah, 28 biji baru RM20. Sk kira-kira balik, jimat seringgit la gitu.
Baik, lain kali kalau nak buat kenduri, kita whatsapp ya!
Kuih gedik kita suka, orang gedik menyampah u hahaha....
ReplyDeleteSesiapa yang berkenaan boleh juga tempah untuk jamuan kan
ReplyDeleteSukaaa....
ReplyDeleteGedik tapi bukan lembik..baru syok makan
suka makan tepung pelita masa berbuka puasa...
ReplyDeleteHahahaha tergelak LZ bila perkataan gedik boleh apply dalam masakan.. Betul SK, LZ ingat Japanese Cheese Cake bermula perkataan gediks ini digunakan.. Better cake yang gedik kann..
ReplyDeletefav ni tepung pelita...kalo bln puasa kira kuih wajib ada
ReplyDeletekita selalu teringin kuih ni bila bulan posa...tp lepas beli menyesal sbb tak macam tepung pelita..keras kejung je
ReplyDeleteTepung pelita memang gedik sejak hari kelahirannya zaman dulu kan SK.
ReplyDeleteJumaat lepas baru makan kaswi gedik..alaaa...ada tepung pelita gedik plakkkkk
ReplyDeletetepung pelita kalau gedik sangat pun x best...suka yg sedang2..kaswi gedik belum cuba lagi...
ReplyDeleteKuih favourite yang popular di bulan puasa. Sekarang bulan tak puasa pun ada orang jual tapi jarang jumpa. Kuih ni pun nak tergedik jugak ye. Haa betul sangat tu, orang gedik memang orang menyampah.
ReplyDelete