Assalamualaikum WBT
ALHAMDULILLAH..
Walaupun terpaksa bermandi peluh akhirnya Pasukan Johor Darulta'zim berjaya memastikan Piala FA dapat dipertahankan buat dua musim berturut-turut selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 2-0 dalam aksi final di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, malam tadi.
Kejayaan itu cukup manis apabila diraih di hadapan penyokong JDT tatkala beraksi di gelanggang keramat pasukan itu yang terpaksa menanti dua jaringan terhasil pada babak kedua dan ia juga kejuaraan ketiga selepas menang pada musim lalu dan musim 2016. Sumber
Walaupun ada cuti ganti bagi mereka yang bekerja hari ini, Sk lebih rela bercuti. Haaa.. walaupun kalau bercuti tu lagi la macam-macam benda nak kena buat kat rumah berbanding di pejabat, duduk menghadap komputer dalam ruang berhawa dingin. Cuti-cuti macam ni, seronok jugak kalau bersarapan di kopitiam tapi mengenangkan semalam Pak Inche balik pun dah jam 2 pagi, baiklah kita berkopitiam di rumah sajo.
Panaskan non-stick pan, bubuh sikit minyak, pecahkan telur, angkat masuk pinggan. Kemudian, masukkan sedikit mentega pulak, panggang sosej sehingga sedikit garing, angkat sosej. Buka tin kacang panggang, tuang dalam pan yang sama, biar merenih sekejap, ceduk masuk dalam pinggan. Sambil-sambil tu, bancuh nescafe sorang secawan, siapppp!
Sekarang.. nak jadik tapak sulaiman laaa.. apa lagi.. jom kitaaaa!
Tahniah JDT! Selamat jadi tapak sulaiman arini SK 😂
ReplyDeleteUntunglaaaaa orang johor...
ReplyDeleteBest la JDT menang dapat cuti...
ReplyDeleteSeronok dapat cuti peristiwa, tambah lagi sehari cuti.. Anyway tahniah JDT..
ReplyDeleteBetul la kata kawan-kawan, negeri Johor paling banyak cuti heheheh... sedapnya menu akak tu
ReplyDelete